Pelakon hebat, Zahiril Adzim kongsi detik cemas apabila berdepan dengan kejadian seram semasa pengambaran filem Ada Hantu yang dijalankan di sebuah banglo terbiar pada Disember tahun lalu.
Menurut Zahiril atau nama sebenarnya, Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 37, dia menerima gangguan paling teruk ketika hari terakhir pengambaran dan berkata ia mula dengan usikan ringan, entiti itu makin berani munculkan diri di hadapannya.
Mula-mula dia kacau sikit-sikit, kacau kamera sampai rosak, cermin kereta pecah dan semakin lama makin teruk sehingga dia munculkan diri.
Katanya ketika ditemubual oleh mStar.
View this post on Instagram
Semasa ditemui di sidang media filem Ada Hantu yang diadakan pada hari Khamis, dia turut berkata bukan dia sahaja yang mengalami gangguan seram tersebut, malah beberapa kru terlibat juga mengalami gangguan yang sama.
Dalam pada itu, dia turut menceritakan kakinya terseliuh semasa ingin menjayakan babak menendang pintu dan katanya semasa itu dia berasa terdapat sesuatu yang besar secara tiba-tiba menolak pintu itu dengan kuat sehinggakan tendangannya tersasar.
Pelakon filem Bunohan itu hanya berfikiran positif sahaja kerana ketika itu masih bekerja dan bersyukur kerana dapat menyelesaikan pengambaran filem tersebut dalam masa yang telah dijadualkan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.