Kalau anda tengok drama Juvana semalam, semestinya lakonan Zahiril Adzim ini telah berjaya membuka mata anda. Pasti terdetik di dalam hati korang dengan kata-kata sebegini:-
Not bad gak lakonan mamat nie. Boleh pergi jauh nie
Zahiril Adzim nama diberi. Muka boleh tahan tapi itu tak penting. Dunia hiburan kita tak perlukan pelakon yang hanya bergantung pada rupa. Kita perlukan mereka yang benar-benar berbakat. Dan bagi Abang Nara, Zahiril Adzim ini ada kelasnya yang tersendiri. Ada gaya, mutu dan keunggulan (macam iklan la pulak).
Tapi kalau anda seorang wanita dan tiba-tiba terasa nak jatuh hati dengan Zahiril Adzim, sila lupakan hasrat tersebut. Zahiril Adzim sudah mahu bertunang dengan host Wanita Hari Ini, Shera Aiyob. Kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Dan paling kacak bila di dalam Melodi minggu lepas dengan selambanya Zahiril Adzim meluahkan rasa sayangnya kepada Shera. Tak ada shy-shy cat.
Apa yang Abang Nara suka dengan si Zahiril Adzim ini ialah dirinya bebas dari kontroversi. Itu sangat bagus. Tak perlu kontroversi murahan atau gambar-gambar terlampau untuk popular. Harap dapat teruskan kekal begini. Dan Zahiril Adzim pun ada bakat dalam menulis. Not bad jugak tulisannya di dalam blog Zahiril Adzim. Menarik tertarik dan kau memang jiwang.
Untuk mendekati Zahiril Adzim lebih dekat, sila LIKE Facebook Zahiril Adzim dan follow Twitter Zahiril Adzim. Lagi gambar-gambar Zahiril Adzim dengan membaca entri ini sepenuhnya.