Tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kemelut antara Kamal Adli, Emma Maembong dan Zahirah Macwilson, pelakon Zul Ariffin menerusi portal mStar Online akhirnya bersuara dan memberitahu tiada seorang pun yang terlibat dengan kontroversi tersebut menjelaskan perkara sebenar kepadanya termasuklah daripada kekasihnya Zahirah.
Namun, Zul akui beliau ada bertemu dengan Kamal, Emma dan Zahirah tetapi beliau masih keliru serta tertanya apakah yang sebenarnya mereka bertiga mahukan? Adakah ini satu cara untuk mereka meraih publisiti murahan?
Saya susah nak gelarkan isu ini gosip atau masalah, tapi kalau bercakap tentang isu ini saya masih tidak okey. Saya tidak tahu apa-apa tentang isu ini dan kena tunggu dia (Zahirah) balik dari Bosnia untuk selesaikannya. Saya sendiri tidak tahu apa cerita ini sebenarnya kerana saya tidak diberitahu secara jelas.
Saya juga tahu seperti yang dilaporkan media, seperti yang Zahirah ceritakan kepada saya. Cuma saya ingin bertanya kepada mereka bertiga apa yang ‘korang’ buat? Adakah ini untuk drama yang mereka lakonkan atau untuk publisiti atau untuk menang contest, this is for what?
Ya, saya berjumpa mereka bertiga dan saya hanya mendengar dan jadi saksi sahaja. Kepada tiga-tiga orang ini saya nak berpesan dan ucapkan terima kasih dan buatlah apa korang nak buat. Saya hanya nak teruskan hidup seperti biasa.
Zul akui sebagai kekasih Zahirah, beliau turut terkena tempias kontroversi tersebut yang memberikan kesan terhadap kerjaya beliau dan mengganggu promosi filem dan drama lakonannya.