Pelik tapi benar. Selepas Zul Ariffin memaklumkan yang teman tapi mesranya, Zahirah MacWilson hampir diculik di The Curve, ramai yang menganggap itu adalah satu taktik daripada kedua-dua pelakon ini untuk mengalihkan tumpuan di kala persoalan status percintaan mereka menjadi tanda tanya. Penculikan adalah satu insiden yang amat menakutkan, lebih-lebih lagi jika anda seorang wanita. Namun selaku seorang yang sering pergi ke The Curve, Abang Nara akui tahap keselamatan kompleks itu telah ditingkatkan selepas beberapa kejadian yang tidak diingini terjadi di situ.
Bercerita mengenai kejadian tersebut, Zahirah MacWilson mengakui dirinya kini trauma selepas hampir-hampir diculik. Malah Zahirah juga sudah membuat laporan polis tentang kejadian tersebut. Katanya:-
Ya, kejadian buruk itu berlaku petang semalam (Rabu) di parking The Curve ketika hendak pulang, ketika itu saya bersendirian. Tapi saya tidak mahu cerita bagaimana ia berlaku cukuplah saya katakan agar kaum wanita supaya lebih berhati-hati ketika berada di tempat parking dan kunci pintu ketika sudah berada di dalam kereta.
Saya tidak tahu apa niat sebenar penjenayah itu, namun saya pasti ia bukan kerana saya seorang artis, ia boleh berlaku kepada wanita lain juga. Sudah tentu selepas kejadian itu perasaan saya sangat takut dan trauma tapi Alhamdulillah pagi ini sudah kurang sedikit.
Apa yang lebih menarik dan menambah rempah-ratus terhadap insiden hampir-hampir diculik ini ialah apabila pihak pengurusan The Curve muncul dan menafikan kewujudan insiden tersebut. Pihak pengurusan The Curve telah pun membuat pemeriksaan CCTV yang terperinci dan tidak menjumpai sebarang bukti. Malah laporan polis juga tiada. Kenyataan pengurusan The Curve ini dilakukan selepas seorang insan bertanya kesahihan insiden ini.
Ada kemungkinan pihak pengurusan The Curve terlepas pandang rakaman CCTV. Almaklumlah berjam-jam rakamam untuk diteliti. Ia bukanlah satu perkara yang mudah. Takkanlah Zahirah MacWilson nak buat-buat cerita tentang dirinya diculik kan? Ish, ish, ish. Apa pula pendapat anda? Sumber Mstar Online.
P.S: Best Buy World Malaysia adalah ‘one stop centre’ untuk anda mendapatkan 100% barangan authentic seperti minyak wangi, beg tangan, pencuci muka, kosmetik dan banyak lagi. Kepopularitian Best Buy World telah dinikmati dan dirasai di Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Indonesia. Antara jenama popular yang ada untuk anda ialah SK-II, Estee Lauder, Clinique, Christian Dior, Chanel dan Calvin Klein. Layari Facebook Best Buy World Malaysia, Instagram Best Buy dan juga laman web Best Buy Malaysia untuk melihat dengan mata anda sendiri.