Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zahirah Macwilson Tak Menyesal Putus Cinta Dengan Zul Ariffin

Pelakon cantik Zahirah Macwilson memberitahu, dia tidak meyimpan rasa kesal biarpun hubungan cintanya dengan pelakon Zul Ariffin terkandas di tengah jalan. Dia merasakan dirinya lebih bebas tanpa ikatan dan komitmen kepada sesiapa. Bercakap kepada Utusan Online:

Advertisement

Rasa lebih bebas tanpa cinta. Tak perlu lagi memeriksa telefon berulang kali. Lebih penting masa ini memberi peluang untuk saya fokus kepada kerjaya.

Zahirah mengakui, disebabkan mabuk cinta, dia menjadi tidak serius dalam mengejar kejayaan dalam kerjayanya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Waktu itu juga (bercinta), saya ambil mudah semua perkara termasuk tawaran yang datang kerana merasakan pasti (akan) ada peluang lain.

Zahirah juga mengakui ayahnya pelakon Zainol Macwilson menyukai keadaannya sekarang.

Sebagai seorang ayah, saya yakin dia hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya. Dia mesti mempunyai sebab tertentu untuk menentang hubungan tersebut.

Dan mengenai diri saya pula, kalau dahulu saya meletakkan diri sebagai Fika (watak yang dimainkan dalam drama bersiri popular ketika ini, Jangan Benci Cintaku) yang lembut hati dan cepat kasihankan orang, tetapi kini saya lebih berani dan tentunya lebih lantang bersuara dalam hubungan akan datang.

Walaupun ada peminat mahu dia bercinta dengan Syafiq Kyle yang pernah berlakon dengannya dalam sebuah drama sebelum ini, Zahirah bagaimanapun belum ada pengganti, dan mempunyai kriteria tertentu mengenai siapa yang bakal menjadi kekasihnya.

Buat masa ini saya masih solo. Fokus tahun ini hanya untuk kerjaya.

Bagaimanapun jika ada kekasih, dia mestilah seorang yang menghormati ibu bapa saya, karier saya dan yang terakhir mestilah seorang yang memahami.

Zahirah kini semakin popular terutamanya sejak membintangi drama yang hangat diperkatakan, Jangan Benci Cintaku bergandingan dengan Saharul Ridzwan dan Niena Baharun. – beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

35 Comments

  1. Gorges

    August 5, 2018 at 1:10 pm

    Suara fazura sedap tapi nyanyi tak sedap

  2. Noname

    August 4, 2018 at 11:15 pm

    Zahirah berlakon x over watak apa pn…cuba klu emma maembong ke…caca or janna nick..try too hard…x natural..my opinion la…klu fathiya..nabila huda..fazura mmg talented..

    • Anonymous

      August 5, 2018 at 1:30 am

      Yup, Fazura juga natural n talented. Suara pun sedap je dgr dan sebutan jelas…

  3. Anonymous

    August 4, 2018 at 7:43 pm

    Jul. Not my taste!!

  4. Gorges

    August 4, 2018 at 7:10 pm

    Klu Jul ni dah dapat title player tu … all of you young actress out there please duck his ngorat and take cover

  5. ikan

    August 4, 2018 at 8:26 am

    apa yg zul post kat ig dia? tak sempat i nak tengok. btw, drama dia dgn lopa tu kan 5 episod je. mana dan nak trending. pendek nau.

Loading...
To Top