May 21st, 2018

Kontroversi hangat disebalik alasan Zul Ariffin putus cinta bersama Zahirah Macwilson sedikit sebanyak mengubah persepsi peminat terhadap aktres wanita itu.

Zul sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan beliau tidak kesal berpisah dengan Zahirah yang disifatkan sebagai seorang yang tidak layak dijadikan pasangan hidup apabila dengan bergembira boleh “selfie” di dalam masjid kira-kira 20 meter dari jenazah ibunya yang meninggal dunia Disember lalu.

Meskipun sangat terkejut dengan kenyataan Zul yang dianggap sebagai satu fitnah kepada dirinya sehingga pernah ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas kekasihnya itu, Zahirah bagaimanapun kini tidak mahu mengingati perkara itu lagi. Beliau sudah “move on” dan memaafkan Zul.

Apa yang sudah lepas, biarkan berlalu. Saya pun sudah move on meskipun pada awalnya agak terkejut dengan kenyataan yang dibuat Zul. Malah, saya sendiri hampir ambil tindakan bawa isu tersebut ke tengah dengan berjumpa dengan peguam.

Namun bila difikirkan balik, tidak tergamak untuk menjadikan hal lalu sebagai satu isu. Saya maafkan dia. Its okay, saya pun mahu fokus dengan kerjaya.

Biasalah, dalam hubungan cinta bila semuanya berakhir pasti akan timbul cerita yang tidak sedap didengar, semua keburukan akan keluar. Apa-apa pun baguslah kalau Zahirah enggan lagi mengenangkan apa yang terjadi dan meneruskan kehidupannya.

Sumber Berita : Media Hiburan


17 responses to “Zahirah Macwilson Sudah ‘Move On’ Dan Maafkan Zul Ariffin Meskipun Pernah Difitnah”

  1. whatever says:

    bibir tu tak yah rasa macam seksi sgt. menyampah tengok. haha

  2. aku tetap aku says:

    kenape aku tgk dia macam pondan jer. dgn bibir mcm tu pose mcm tu.. just be natural..

  3. Darjat Rendah says:

    Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud;

    Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhya termasuk kafir.

    Selamat berpuasa semoga puasa kalian adalah puasa yang bagus. Jangan tinggal solat, jaga lisan, hati dan adab

  4. Bibir says:

    Dah2 lah tu. Dan dah2 lah buat bibir acah2 seksi. Acah2 bibir atas kau tebal ke cane? ZA dah menyampah kat kau dah. Kau tak maafkan dia pun takpe. ZA nak dekat dah ngan FN wlu tak bercinta, apa pula rancangan kau? Pernah berfoto kan dgn FN. Lol. Move on je lah.

    • Menyampah la. says:

      Ko doa banyak2 spy farah nabilah berjodohan ngan zul.

      ZM pun dah move on. X hingin pun ngan zul korg tu. Korg je yg masi hadap. Ambik la.

  5. kosong says:

    Lol. kelakar lah website beautiful nara ni. macam tak ade modal nak write up story. From my opinion, Ira ni such a good girl. she deserves someone better than riping. So lepas ni tolong lah jangan jaja gosip murahan pasal ira, support career dorang dah le lol nara

    • Anonymous says:

      Sblm ko bebel dekat BN, ko bebel jgk dkt Zahirah yg keluarkan statement sampah. Dah cakap move on tu, xpayah keluar apa2 statement yg bg ruang org bercakap.

    • Anonymous says:

      baguslah. ko ngorat lah jantan kaya mcm nora danish. zul ada apa pun. nanti dah kawen sendu jugak.

Loading...