Kontroversi hangat disebalik alasan Zul Ariffin putus cinta bersama Zahirah Macwilson sedikit sebanyak mengubah persepsi peminat terhadap aktres wanita itu.
Zul sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan beliau tidak kesal berpisah dengan Zahirah yang disifatkan sebagai seorang yang tidak layak dijadikan pasangan hidup apabila dengan bergembira boleh “selfie” di dalam masjid kira-kira 20 meter dari jenazah ibunya yang meninggal dunia Disember lalu.
Meskipun sangat terkejut dengan kenyataan Zul yang dianggap sebagai satu fitnah kepada dirinya sehingga pernah ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas kekasihnya itu, Zahirah bagaimanapun kini tidak mahu mengingati perkara itu lagi. Beliau sudah “move on” dan memaafkan Zul.
Apa yang sudah lepas, biarkan berlalu. Saya pun sudah move on meskipun pada awalnya agak terkejut dengan kenyataan yang dibuat Zul. Malah, saya sendiri hampir ambil tindakan bawa isu tersebut ke tengah dengan berjumpa dengan peguam.
Namun bila difikirkan balik, tidak tergamak untuk menjadikan hal lalu sebagai satu isu. Saya maafkan dia. Its okay, saya pun mahu fokus dengan kerjaya.
Biasalah, dalam hubungan cinta bila semuanya berakhir pasti akan timbul cerita yang tidak sedap didengar, semua keburukan akan keluar. Apa-apa pun baguslah kalau Zahirah enggan lagi mengenangkan apa yang terjadi dan meneruskan kehidupannya.