Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zahirah Macwilson Sudah Mahu Kahwin?

Sebelum ini, ada khabar angin mengatakan Zahirah Macwilson sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang ahli perniagaan dan bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Datuk Nik Izani selepas foto mereka berdua menikmati makan malam dengan aksi mesra mula tersebar di media sosial.

Advertisement

Tebaru, Cik Pang menerusi Harian Metro memberitahu Nik Iruwan sangat serius dengan hubungan percintaan mereka dan sudah bersedia untuk memperisterikan Zahirah. Malah, keluarga jejaka tersebut juga sudah bertemu dengan Zahirah dan memberikan restu.

Walaupun mereka baru bercinta, ada berita gembira yang sampai ke pengetahuan Cik Pang. Khabarnya kekasih Zahirah sangat serius dengan hubungan yang terjalin antara mereka.

Dia mahu menikahi Zahirah secepat mungkin dan kalau boleh dalam tahun ini juga. Bagaimanapun perancangan itu terpaksa ditunda kerana Zahirah harus menyelesaikan beberapa projek yang sudah dipersetujui sebelum ini. Keluarga kekasih Zahirah, katanya sudah bertemu dengan pelakon jelita itu dan mereka tiada halangan sekiranya mereka mahu berkahwin.

Jika berita ini benar, apa salahnya untuk mempercepatkan benda yang baik apatah lagi kalau sudah serasi bersama dan menyayangi antara satu sama lain. Apa yang penting sudah dapat restu keluarga juga. Semoga segalanya dipermudahkan buat Zahirah dan kekasihnya.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 Comments

  1. El

    July 30, 2018 at 7:36 pm

    Drama drama lakonan zahirah tengah meletop sekarang ni, karier baru nak menanjak

  2. badk

    July 30, 2018 at 2:05 pm

    mcm badak berendam

  3. Anonymous

    July 30, 2018 at 1:55 pm

    padan muka zul tu, gigit jari lah kau skarang! gila kan sgt nak jadi popular, terpakse hidup dlm bayangan si Gaya tua yang suka tayang anjing kesayangan dia ( nak belajar masuk Islam konon! )

    hidup ni bak putaran. Zul ni dulu buat kat AJ, nak kat Zahirah .. skarang dia kena lah balik sebab main2 kan org yg betol2 sayang kat dia! Takde makna nye Jul, badan sado tapi hati kecik mcm semut!

  4. Anonymous

    July 30, 2018 at 1:36 pm

    baguslah zahirah… dah move on… sejujurnya aku tak suka julripin tu, kemain nak aibkan zahirah, masa couple pun malu nk ckp couple ngan zahirah, mentang2 la zahirah time tu pelakon baru nak naik..lepas putus, terus ckp mcm2… perasan dia tu ensem sgt ke gamaknya… sekarang zahirah lebih popular dr kau julripin… makin berjaya…. ko tu tak kemana kalau bukan sebab lakonan ko yang peluk2 ngan pmpuan tu

  5. Ilam Ilham

    July 30, 2018 at 1:08 pm

    Zahirah ni good. Dia takde lah nak cuba try kerabat macam yang (tu) ‘lain’, walaupun dia cukup package.

Loading...
To Top