Zahirah Macwilson Sedang Hangat Bercinta Dengan Aiman Hakim Ridza?

Hiburan

Zahirah Macwilson Sedang Hangat Bercinta Dengan Aiman Hakim Ridza?

Selepas dikaitkan dengan  menjalin hubungan dengan seorang ahli perniagaan, timbul pula khabar angin mengatakan kini pelakon Zahirah Macwilson sedang hangat bercinta dengan pelakon kacak, Aiman Hakim Ridza.

Advertisement

Menguatkan lagi berita tersebut, Aiman semalam menarik perhatian ramai apabila memuat naik foto bersama Zahirah dengan ayat penuh romantis seakan memberikan gambaran mereka mempunyai hubungan istimewa. Siap ada hashtag gabungan nama mereka lagi.

Rata-rata netizen nampaknya ‘merestui’ hubungan mereka dan memuji pasangan ini cukup sesuai bersama.

Kesahihah berita ini tidak dapat dipastikan lagi, tapi kalau betul apa salahnya kan? Memang sepadan Aiman dan Zahirah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.