Written by serenity | April 15th, 2018

Percintaan antara pelakon kacak Zul Ariffin dan pelakon jelita Zahirah Macwilson bukan satu rahsia walaupun keduanya tidak begitu mencanangkan mengenai percintaan mereka. Ada yang mendakwa hubungan mereka pernah putus pada satu ketika, namun kini Zul juga mengakui perhubungan mereka sering putus dan bersambung semula.


Kini keduanya berpatah arang dan menyatakan tidak akan kembali ke pangkuan masing-masing malah Zahirah mengatakan telah move-on dari perhubungan mereka yang berlangsung tiga tahun. Kepada Harian Metro, Zahirah memberitahu:

Saya tidak mahu memburukkan sesiapa. Malah, apa yang lebih penting saya tidak berdendam dan benci Zul. Kalau dia nak burukkan saya, silakan.

Sejujurnya, saya tidak sedih pun. Saya okay saja. Sepanjang tiga tahun bercinta macam-macam saya lalui. Namun, saya tidak mahu berkongsi kerana ia terlalu peribadi.

Buat masa sekarang, saya ingin fokus kepada kerjaya. Alhamdulillah, sepanjang tahun ini jadual kerja padat. Malah, saya tidak terfikir lagi untuk berlakon dengannya jika ada tawaran.

Biarlah saya simpan segala kenangan yang pernah kami lalui bersama. Kalau betul saya berperangai buruk seperti diperkatakannya, saya doakan dia temui wanita yang lebih baik.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Zahirah enggan mengesahkan sama ada benar percintaan mereka terlerai kerana orang ketiga kerana Zul masih berhubung dengan bekas kekasihnya:

Saya tak boleh nak cakap dan buka cerita mengenai perkara ini. Kalau ada yang beranggapan sebegitu, ia terpulang kepada persepsi masing-masing.

Namun, kalau ya pun dia kembali kepada bekas kekasihnya, janganlah burukkan saya. Saya sedar diri.

Dan tidak ada jalan kembali buat pasangan ini:

Tak mungkin saya kembali menerimanya. Saya masih muda dan perjalanan jauh lagi dalam bidang ini. Saya tidak mahu perkara ini mengganggu perjalanan hidup.

Saya sudah ‘move on.’ Malah putus cinta tidak buat saya lemah dan patah semangat. Saya pernah tengok kedua ibu bapa bercerai, inikan pula putus cinta.

Dia masih mengekalkan kenyataan bahawa tuduhan dia berselfie berhampiran jenazah ibu Zul ialah satu fitnah:

Mengenai isu saya selfie di masjid ketika ibunya meninggal dunia tahun lalu, memang tidak wujud langsung. Saya masih waras untuk lakukan perkara berkenaan.

Saya tidak faham kenapa dia nak bangkitkan perkara ini apabila kami putus. Malah, kenapa baru sekarang dia nak mengakui hubungan kami sedangkan sebelumnya dia terlalu berahsia daripada umum.

Adakah sebab nama saya tengah diperkatakan dia buat semua ini? Namun, saya tidak mahu fikir bukan-bukan apa sebenarnya motif dia. Saya hormat dia sebagai pelakon senior dan tidak akan bersaing dengan dia.

Zul berusia 31 tahun manakala Zahirah pula baru mencecah usia 23 tahun. Sebelum ini keduanya dianggap pasangan sama cantik sama padan namun begitu tidak banyak yang dikongsikan mengenai perhubungan mereka dengan peminat. Apa pun, doakan yang terbaik buat mereka berdua. – beautifulnara.com

31 responses to Zahirah Macwilson Reda Jika Zul Ariffin Kembali Ke Pangkuan Bekas Kekasih

  1. Anonymous says:

    You go girl!!!!! Jgn buang masa dgn lelaki mcm jul. Sayang u punya career. Klu u kejar kerja, cinta Akan kejar u. Believe me girl!!

    61

    1
    • Kamisah Ketak says:

      Kau redha? Untuk apa? Kau mak ZA ke nak meredha bagai? Kata dah move on tapi cakap pasal redha. Macam terpaksa je. Lol. Kenyataan kau ni bijak tapi maksud dia kau konon tutup aib ZA konon ZA berdosa sgt lah. Kemon. Manusia je pun kita. Tengok juga makpak kau sebelum ni saling memburukan dan sindir2. Apa beza? Pandai cover diri kau dgn jawab soalan “taknak aibkan sesiapa”. Lol. Kau takyah nak memaksa sgt bibir mcm tu. Konon seksi. Macam bibir katak aku tengok.

      0

      57
      • Anonymous says:

        aku suke jer cara dia jwb… elok jer kalo dah nmpk dia buruk so doakan dpt lebih baik.. takder pon ayat jatuhkan zul kt situ… baca jawapan penuh bukan pendek2… kesian pendek akal mcm ko ni xleh hadam ayat penuh.. zahirah tu umur baru 23 jwpan matang lagi elok tatabahasa dr hajah fake jwb wartwn..

        13

        0
    • Anonymous says:

      Aku x minat Zahirah. Takde reason. Tp aku minat Zul. Pun xde reason. Tp dalam hal ni dua2 sama2 tak matang. Memula sorok hubungan tp bila dah putus, memasing burukkan satu sama lain. Beza dia Zul version laki sado mulut bawang. Zahirah acah2 suci xnak kutuk ex tp kutuk jgk.

      16

      2
      • Anonymous says:

        Hahaha

        2

        0
      • Anonymous says:

        Entahnyaaa. Tak sangka Zul tu kaki bawang. Tak gentleman langsung. SI Zahirah plk konon redha tp dekat IG2 yg repost psl berita breakup dorang, mesti si Zahirah ni komen. Siap rajin plk reply komen fans. Pdhal sblm ni x pernah pun dia reply. Nampak sgt version evil tp acah2 suci.

        5

        0
    • Biar aku lah jadi blogger says:

      REDHA la bukan REDA. aduiii dasar serenity betul lah. Spoil mood aku bila perkataan jadi lain.

      0

      1
  2. Anonymous says:

    Be strong Zahirah! I love youu

    19

    0
  3. Pwin says:

    Women with class are different. They don’t talk filthy things abt their ex. Again, that’s because you can’t buy class.

    P/s: not a fan of MEN with HUGEE mouth.

    46

    0
  4. Nini says:

    Dari mula zul diindustri dia punya gossip bawang byk ngan perempuan tua..biarlh dia ngan perempuan tua je..awak zahirah muda lg..xyah terjebak cinta lg ngan zul ni..dia x fhm jiwa perempuan muda..dia x mau membelai sb dia suka dibelai..

    38

    0
  5. Suasuwei says:

    Muda tapi matang fikiran budak ni. Semoga dapat lelaki lebih baik, hensem, Kaya dari julriping.

    37

    0
  6. Anonymous says:

    zahirah and fazura is true definition of CLASSY GIRL..they have class when answering question!GOOD JOB

    56

    0
  7. Kalerwarna says:

    Seriously, statement yg sgt matang dari Zahirah ! Kalau aku, mmg aku dah carut kan si Zul ni.

    34

    0
  8. Mak iti says:

    Yes girl….terus mencipta kejayaan. Cinta bila2 akan singgah…

    9

    0
  9. kk says:

    Bagus zahirah. Dulu julripin yg kemain berahsia naww ini bile da putus mcm ayam berak sekampung kecoh je, pegi lah ko kat gaya tua tu or lopak, same2 prangai booo layan.

    12

    1
  10. Sudip_kayu says:

    Zul deserve better woman. Saya bukan fan zahirah. X rasa dia cantik, x rasa dia bijak. Berlakon pn biasa2 ja. Okbai.

    1

    51
  11. Anonymous says:

    Mmg tak minat langsung ngan jul ripin ni…acah2 hensem…klu berlakon tu asyik nak control macho sgt,mcm la dia tu hensem sesgt…

    29

    -1
  12. suhaimah 58 says:

    you deserved better than zul .. zul kot semua tau playboy bajet bagus .. xyahlah zahirah, awak pun muda lagi, takat putus cinta yg x tergantung status tu abaikan je .. you go girl!

    8

    0
  13. gg says:

    terbaik la zahirah..

    4

    0
  14. Anonymous says:

    “…. kalau dia nak burukkan saya, silakan.” Ayat paling win dari seorang wanita yang dah move-on. Wishing you have bright future!:-)

    18

    1
  15. Anonymous says:

    HELLO..SHE IS NEXT BIG STAR

    12

    1
  16. Anonymous says:

    x suka tgk zul ripin ni berlakon…klu berckp tu mulut mcm xnak bukak, lpas tu control hensem…lagak mcm org sombong n kurang ajar…rupa2 nye mmg kurang ajar di luar pon…

    8

    0
    • anon says:

      sebab dia tak punya gigi yang cantik ..dia senyum mmg buruk wo
      muka dah bekerutt
      acah acah hemsem na lah tu
      kakakakakakakka

      2

      0
  17. Siti Payung says:

    You go gurl..statement yg matang dan cool
    biar la jul ripin dengan sugar mummy nya mmg dia xkan tinggalkan
    awak msh muda perjalanan dlm karier awak amat cerah keep flying high and stay strong..Lakonan awak pun makin byk improve dr sebelum ni…Aku perti je jul ripin ni asal nama ZM nak naik tgh meletop mula la mcm2 keluar…nama tgh hot..rasa bole jd NEXT STAR selain fazura..completed pakej..cantik..bijak ..education background bagus…..Don’t give zm dengan mat sado poyo tu..pengecut

    8

    0
  18. maria says:

    good response zahirah. tak perlu melenting pun dgn statement zul..tak matang sungguh zul when he come up with that selfie thingy..it was funny reading that piece of shit because all this while zul tried so hard to look macho with macho attitude BUT ALL GONE INTO THE DRAIN WITH THAT PIECE OF STATEMENT..HE SOUND VERY PAKCIK BAWANG..hahaha..dah clash, sudah lah..move on..zahirah just kept quiet tiba2 zul plk yg bercerita..hahaha. Hilang macho si zul..so, keep up with correct attitude zahirah..and good acting in recent tele-drama..cant remember the title, i dont really watch it but once a while selisih lah jugak drama tu masa flip channel..nampak ada peningkatan lakonan u..

    4

    1

Leave a Comment

Optional