Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zahirah Macwilson Nafi Sindir Zul Ariffin Di Instagram

Hubungan Zahirah Macwilson dan Zul Ariffin sudah pun putus sejak beberapa bulan lalu. Macam-macam jugalah cerita yang keluar daripada Zul tentang sikap Zahirah terutama sekali mengenai isu ‘selfie’ ketika hari pemergian ibu tercinta aktor itu. Pada Zul apa yang dilakukan oleh bekas kekasihnya itu sangat tidak menghormati jenazah arwah ibunya dan menganggap Zahirah tidak layak untuk menjadi pasangan hidupnya.

Advertisement

Baru-baru ini, netizen mendakwa Zahirah ada memuat naik kenyataan di Instagram Stories yang seakan menyindir Zul mengenai kontroversi sedang intim dengan seorang gadis Ukraine yang seksi. Lebih panas lagi, Zahirah berkata individu itu seorang yang suka memutar belit sesuatu perkara, berlagak menjadi mangsa keadaan dan suka bermain cinta.

Pada masa yang sama, Zul juga dilihat seperti membalas kenyataan Zahirah itu. Zul berkata beliau tidak mempunyao masa untuk melayan ‘budak-budak’ yang ingin mendapatkan perhatian dan meminta agar individu yang dimaksudkan itu meneruskan kehidupannya.

Namun, Zahirah menerusi portal mStar Online memaklumkan beliau sama sekali tiada niat untuk menyindir sesiapa pun. Apa yang dimuat naik oleh beliau hanyalah berkaitan dengan drama Jangan Benci Cintaku.

Advertisement

Yer ke (reaksi Zul), tak tahu pula. Kelakar juga dengarnya, apa yang saya cakap pasal twist dan ungkit-ungkit itu hanya untuk promo drama Jangan Benci Cintaku sahaja.

Kami tidak mahu komen apa-apa kerana kenyataan Zahirah itu boleh sahaja dilihat daripada pelbagai sudut bergantung kepada tafsiran dan pemikiran seseorang.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

35 Comments

  1. Mr robin

    August 6, 2018 at 5:11 pm

    Zul Zahirah masih suka..percayalah..pisah sb bapak zahirah yg kerek tu..mcm bapak Emma jgk,mak lopa sama, tu nnti ank Andalusia baru haru biru.

  2. Noname

    August 6, 2018 at 4:35 pm

    Dia ingat zahirah ni cm neolofa guna socmedia sindir2 n perli fattzura dulu…org pn x kisah hang dah..

  3. Anonymous

    August 6, 2018 at 12:44 pm

    Zul sj nk divert the current story abt him and mina ukraine. So dia guna ni la so org akan lupa and not talk abt his scandal.

  4. mak c kina

    August 6, 2018 at 12:31 pm

    bila dah salah..mula la panas bontot…org ckp psl lain,dia plak terasa…

  5. jemah

    August 6, 2018 at 12:02 pm

    OMG bodoh ke apa yang cuba melaga2kan ni? Obviously sekarang demam #JanganBenciCIntaku . Kalau bebal tak tengok tu, buat senyap je boleh kot… fans ni yang tak boleh move on..

    • Anonymous

      August 6, 2018 at 2:04 pm

      nmpk sgt jantan tu masih tak moved on… hari2 mengendap status zahirah
      tu laaa elok2 dgn zahirah g pilih gayatri ala2 si husna… aaa ambikkk hari2 intai muka yg muda

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top