Written by Bella | October 30th, 2017

Tidak mahu memanjangkan lagi kemelutnya bersama Kamal Adli, pelakon jelita Zahirah Macwilson tampil menjelaskan sebab sebenar beliau memuat naik foto perbualan WhatsApp bersama Kamal dan pada masa yang sama memohon maaf jika tindakannya itu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen yang memberikan pelbagai reaksi.

Saya faham orang di luar sana tidak berapa gembira apabila saya berkongsi perbualan antara saya dan Kamal. Tujuan saya hanyalah untuk memastikan agar tiada cubaan untuk memutarbelitkan keadaan dan membuat anggapan sendiri (mengenai apa yang terjadi). Saya sudah memadam (paparan perbualan) kerana tujuan asal saya sudah tertunai.

Saya memohon maaf atas penggunaan kata yang kasar. Anda boleh mengutuk tindakan saya itu, tetapi sekiranya ia berlaku ke atas diri anda, saya yakin anda juga tidak akan dapat menahan sabar, terutamanya apabila isu ini sudah berlarutan untuk beberapa minggu.

Zahirah tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kenyataan berhubung kontroversi tersebut dan meminta agar netizen tidak menyebelahi mana-mana pihak dan bergaduh di media sosial. Zahirah juga.

Dalam pada itu, Zahirah turut berharap satu pengakuan permohonan maaf akan dibuat oleh pihak Kamal ataupun Emma agar perkara ini tidak lagi berpanjangan.

Sumber Berita : Kosmo

18 responses to Zahirah Macwilson Mohon Maaf Muat Naik Foto Perbualan WhatsApp Bersama Kamal Adli

  1. Kate xnk brpanjangan..pastu tuntut prmohonan maaf bagai.. ha ha ha

    15

    3
    • minah jambu say NO to drugs says:

      u pon satu la zahirah ….ishhhhhhhhhhh…jangan cakap ape2 lagi laaaa diam aje mulot tuuuu tk payah la u nak mintak maaf semua ni….sedangkn yg rembat laki orang takde pon nak mintak2 maaf..u fokus dengan kerja u suda ok ada duit ada gaji hati pon senang..mat gigi jarang memang macm gitu suka sangat tarek orang kt masalah dia huh ! lov zahirah berlakon betol2 sampai dapat gelaran bintang paling2 popular..

      14

      0
      • Miss Unibes says:

        “Buto ah” – Zahirah Macwilson.

        Go ZM go! Persetankan KA dan EM tu. EM lah yg over dalam hal ni. Tak boleh nak selesai elok2. Nak juga mengamuk kat mediasosial.

        3

        0
    • pulpastation says:

      mohon maaf pun salah? baca la habis2 kenapa dia mohon maaf..haihhh..susah org tak reti merendah diri mcm kamu ni..mohon maaf tak bererti kita salah..zahirah nak meredakan keadaan sbb followers and peminat2 bodoh kat luar sana bergaduh2 disebabkan cerita ini..bagus lah zahirah mohon maaf walaupun terang2 zahirah tak salah, kamal adli yg memutarbelit cerita nak cover his own ass..

      5

      0
  2. Anonymous says:

    Itulah nak glamour sangat Jangan Aibkan org lain

    8

    6
  3. Suka Hati says:

    Faham si Zahirah ni nak marah tapi yg dia upload whatsapp kat insta tu tak menunjukkan apa2 bukti selain dia tuduh kamal and kamal deny. Patutnya awak ikut si zul tu. Buat bo layan je. Tak yah bising2 panggil press bagai. Perkara kecik n remeh mcm ni leh selesai secara private. Last2 betul kata kamal, tiga2 nampak mcm badut sarkas. Tak matured langsung depa ni.

    22

    1
  4. Apeapejelah says:

    Betul ckp kamal. Tiga2 nampak mcm badut sarkas. Si emma dgn tak maturednya, si kamal satu hal and si zahirah menggelabah tak tentu hala. Patut kalau awk tak bersalah, relax je lah. Keluarkan satu statement cukup. Ni gelabah nak naik flight pun siap call press. Lps tu merapu smpai segala benda yg tak berkaitan pun ko cerita kat press conference ko tu.

    16

    0
  5. sukasukiku says:

    bila dah takut peminat hilang dek kerana sikap sendiri baru nak mohon maaf. hurmmm…artis

    6

    2
  6. Anonymous says:

    dah habis drama pis medon ngan joyah, naik drama ni plak..bosan la wehhhh

    0

    0
  7. wekkkkkkk says:

    tu sbb saya kata itu hari…tindakan pompuan selalunya gelabah, lelaki mmg akan berfikir pjg dulu, sebelum buat kenyataan. Org lelaki kalau kaki betina…bukan ada kesalahan. X ada akta rasanya. Samalah pompuan kaki lelaki pun bkn ada kesalahan. Betul lh ada ayat tu terbina “wanita 99 nafsu, 1 akal”..

    2

    2
  8. nok gebuzzz says:

    masing2 tgh panas mcm tu la jadinyer…spttnyer settle secara personal,kalau dah melibat kan wartawan abis la…lainkali pke dulu sblom bertindak…satu stament kuar dari mulut salah seorg mesti yg lain pon nak buat statment…
    contohila erra dan dato’ct settlekan masalah mcm mn..erra n ct muda jugak dulu..lagi byk kontroversi dyorg…ok jer…

    5

    0
  9. sue says:

    ketiga-tiga x mature sebenarnya. inilah akibatnya. sorang dok nak prank makwe, gi libatkan org lain. sorang dah terkena prank, geram, sakit hati, terus mintak putus. sorang lagi mangsa keadaan, x tentu pasal terlibat dlm relationship org, kena petik nama, dah geram, upload conversation dlm ig. antara 3 org tu, yg startnya si laki tu. nk prank pun tgk2 lah org. tak semua org boleh terima. bila keadaan dah jadi tegang mulalah.. mcm2.

    9

    0
  10. lala says:

    ko jgn layan wartawan tu…smua batu api. patutnya wat x tau je.

    3

    0
  11. Anonymous says:

    minah muka bersegi besar ni actually masih bersama zul ariffin ke? sebab tengok mcm nk attention sgt.

    3

    1
  12. BeaRamora says:

    Tudiaaa… pukul 4 pagi dok main WhatsApp lagi. Kebetulan bangun sahur ye?

    1

    1
  13. gaga lady says:

    geli ar

    0

    1
  14. Anonymous says:

    geng si pipah.

    1

    1
  15. Yun says:

    Upload watsup sama je dgn x amanah..perbualan personal jadi public…shameful n jgn jadikan trend lagi pd org lain juga…nk bagi kenyataan or kritikan jgn sampai trust org pd kita hilang…klu cmtu zul ariffin pn kena careful nnti perbualan both of you anytime semua org tau..

    3

    0

Leave a Comment

Optional