Zahirah MacWilson Hampir Diculik, Zul Ariffin Minta Kaum Wanita Berhati-hati

Zahirah MacWilson Hampir Diculik, Zul Ariffin Minta Kaum Wanita Berhati-hati

Tika ini sedang hangat diperkatakan mengenai gambar yang menunjukkan pelakon sado kacak, Zul Ariffin berpegangan tangan dengan pelakon cantik Zahirah MacWilson. Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Zul, Zahirah meminta pihak media mendapatkan penjelasan dari Zul.

Masih belum memberi kenyataan mengenai gosip itu, Zul melalui Twitternya bagaimanapun meminta kaum wanita berhati-hati ketika keluar kerana Zahirah hampir diculik di sebuah pusat membeli-belah hari ini.

 photo zulzahirah.jpg

Advertisement

Zul sungguh sweet dan protective terhadap Zahirah dan kaum wanita secara umumnya. Betul juga katanya, kan? Perkara seperti apa yang telah berlaku pada Zahirah sepatutnya dihebohkan untuk keselamatan kaum wanita. Amalkan sikap berhat-hati untuk mengelakkan kejadian tidak diingini dari berlaku. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Zul berada berhampiran Zahirah sewaktu kejadian cubaan culik itu berlaku.

Kami sebenarnya tak sabar untuk mendengar penjelasan Zul mengenai hubungannya dengan Zahirah. Kalau betul ada yang serius pun apa salahnya, ya tak? Dua-dua pun belum kahwin lagi. Doakan yang terbaik buat mereka yang terlibat.

Festival Teater Selangor 2015 mampu membangkit dan menyemarakkan teater tanah air. Saksikan sepuluh kumpulan teater…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 1 November 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...