Sebelum ini ada timbul khabar angin mengatakan Zahirah Macwilson tidak lagi bergelar kekasih kepada Zul Ariffin kerana mereka jarang kelihatan bersama. Namun, Zahirah menerusi satu kenyataan memberitahu beliau masih bercinta dengan Zul.
Buat Zahirah, beliau tidak mahu terlalu mendedahkan kisah cintanya ataupun terkenal dengan publisiti murahan dan ingin fokus kepada kerjaya beliau.
Baru-baru ini saja saya membuat kenyataan mengenai kisah cinta kami. Cukuplah sekadar perkongsian kami masih menjalinkan hubungan dan masing-masing enggan lagi memperbesarkan perkara itu.
Saya bukan jenis yang gemar memuat naik gambar peribadi dan begitu juga dengan Zul. Mungkin ada yang membuat andaian kami berpisah kerana jarang memuat naik gambar bersama.
Kerjaya lakonan itu memang penting, tetapi kadang-kala to spice things up mungkin boleh kongsi juga kisah peribadi kepada umum. Peminat ingin tahu juga perkembangan percintaan Zahirah dan Zul.