September 21st, 2017

Setelah menggugurkan Fathia Latiff ekoran masalah displin, pihak produksi drama La Luna telah pun memilih Zahirah Macwilson sebagai pengganti. Zahirah akan membawakan watak Luna iaitu heroin di dalam drama tersebut. Pengumuman tersebut telah dilakukan penerbit syarikat produksi Tenview Sdn Norazah Sahud kelmarin. Tahniah diucapkan kepada Zahira atas pemilihan ini.
zahirah macwilson
Menurut Norazah, Zahirah Macwilson dipilih kerana pelakon tersebut menepati watak Luna dan juga tidak mempunyai sebarang masalah displin. Untuk makluman, Zahirah kini sedang popular menerusi drama Duda Pujaan Dara, lakonannya bersama dengan Kamal Adli. Kata Norazah:-

Zahirah dipilih kerana dia sangat menepati watak Luna. Kami agak teliti memilih pelakon kerana tidak mahu masalah sebelum ini berulang lagi. Justeru, kami merujuk kepada beberapa produksi berkenaan tahap disiplinnya dan mendapati setakat ini dia tidak menimbulkan masalah dengan mana-mana syarikat produksi.

Zahirah seorang pelakon remaja yang sedang meningkat namanya. Lakonannya juga bagus dan boleh memberi kesan terhadap penonton drama ini nanti

zahirah macwilson

Untuk makluman, Fathia Latiff sebelum ini telah pun melakonkan 35 babak di dalam drama La Luna. Kesemua babak tersebut tidak dapat digunakan dan harus dilakonkan semula oleh Zahirah Macwilson. Semoga dengan pemilihan Zahirah, penggambaran drama ini akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Tak sabar nak tengok drama La Luna ini nanti. Sama-sama kita nantikan. Sumber Harian Metro.


39 responses to “Zahirah Macwilson Dipilih Gantikan Fathia Latiff Dalam Drama La Luna”

  1. Tomang says:

    Alhamdullilah akhirnya Zahira Macwilson terpilih utk mgantikan Fathia Latip..apa2x pun itu semua rezeki..acting Zahira pun alhamdullilah ada peningkatan dari semasa ke semasa..cth ceta drama baru2x ini kat Astro..drama Tak Ada Cinta Sepertimu mmg m’ghayat hati mmg terkesan lakonan nya..syabas & gudluck girl hope u boleh gi jauh seperti artis2x yg lain sdh meningkat nama..Aminn

Loading...