August 1st, 2019

Selepas beberapa bulan bercinta, pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza mengikat tali pertunangan pada bulan Jun lalu. Semalam, pasangan ini mengumumkan berita gembira mereka bakal berkahwin pada Februari 2020.

Mempunyai aura lelaki ‘gentleman’, bukan mudah sebenarnya untuk memikat hati Aiman. Menurut Zahirah, sewaktu awal perkenalan mereka, pelakon lelaki itu sukar untuk didekati, langsung tidak membalas mesejnya.

Jelas Aiman, sebenarnya dia seakan tidak percaya menerima mesej dari aktres jelita berkenaan. Namun, siapa sangka bermula dari situlah timbul bibit- bibit percintaan di antara mereka dan akhirnya bakal ke jenjang pelamin tidak lama lagi.

Sama cantik dan sama padan. Kami doakan agar pasangan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita : Forum CARI

Kredit Video : Instagram Media Hiburan

34 responses to “Zahirah Macwilson Dedah Aiman Hakim Ridza Jual Mahal Di Awal Perkenalan”

  1. Anonymous says:

    Apesal semak sangat iklan kat BN ni x ckup atas bawah kiri kanan tetibe pop out pulak kuar read next story lah ape lah adoiiii pening ahhhhh

  2. Anonymous says:

    Boring la 2 orang ni. Si zahirah ni memang mcm2 bagus je kalau dapat jantan ye. Nak kawin ke nak cerai ke we don’t care. Boring. Cerita lain please