Umum mengetahui bahawa pelakon jelita, Zahirah Macwilson dan pelakon kacak Zul Ariffin sedang bercinta. Hubungan itu sudah berlangsung beberapa lama tetapi keduanya dilihat jarang bercakap mengenai hubungan mereka.
Zul pernah menyatakan hanya akan bercakap mengenai kerjaya dan dia juga memberitahu enggan berbicara soal Zahirah kerana tidak mahu wanita itu dikenali dengan gosip cinta.
Mereka juga hanya pergi bersama ke beberapa majlis umum sahaja jadi gambar mereka berdua dalam talian juga tidak sebanyak gambar pasangan lain.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Terbaru, BH Online melaporkan Zahirah memberi bayangan bahawa hubungannya dengan Zul seakan sudah berakhir.
Tiada apa lagi yang hendak diragui mengenai status saya. Begitu juga tidak perlu lagi hendak ditanya sama ada hati ini sudah dimiliki atau sebaliknya.
AdvertisementDalam bahasa lebih mudah, boleh dikatakan, kini saya tidak perlu menjaga hati sesiapa. Semua hal yang remeh saya tolak ke tepi. Ia tak penting lagi.
Masing-masing ada kerja dan tanggungjawab. Jika saya hendak bercakap lebih-lebih pun, rasanya tidak manis kerana perkara itu turut membabitkan insan lain. Jadi, lebih baik saya diam dan tak perlu nak ungkit lagi hal ini.
Sebelum ini hubungan mereka pernah diuji apabila timbul gosip cinta lokasi antara Zahirah dan Kamal Adli melalui drama Duda Pujaan Dara yang turut melibatkan pelakon Emma Maembong. Bapa Zahirah, pelakon veteran Zainol Macwilson juga menyatakan secara terbuka yang dia tidak merestui perhubungan mereka.
Buat sementara waktu ini, saya mahu katakan tidak kepada cinta. Kalau boleh juga, saya tak mahu lagi dihimpit gosip atau kontroversi.
Namun, pada masa sama saya cukup memahami, perkara seperti itu bukannya boleh dikawal atau dielakkan. Dalam industri ini, kita kena berdepan dengan perkara sedemikian. Cuma pada akhirnya, ia tetap berbalik kepada cara kita menanganinya.
Setakat ini, rasanya apa yang saya lalui tidaklah seteruk mana. Sudah resam menjadi artis, saya kena telan cerita panas sedemikian. Ia mungkin nampak teruk di mata orang luar mahupun netizen. Tapi, saya tetap mempunyai pilihan sendiri, untuk terus menjadi kuat dan memajukan diri.
Drama terbaru Zahirah menggandingkannya dengan pelakon Syafiq Kyle iaitu Tak Ada Cinta Sepertimu berjaya menaikkan nama Zahirah di kalangan peminat drama Melayu.
Jika benar hal ini, Zahirah yang cantik jelita dan muda patut menumpukan kepada kerjaya agar lebih berjaya lagi di masa akan datang. Selamat maju jaya diucapkan. – beautifulnara.com

Miyuki
April 15, 2018 at 4:42 am
Say no to tiamour.lopak kayu!. Zahirah ok lah syafiq kyle dah boleh masuk line. I suka zahirah n syafiq.Lopa sorry bosan
Anonymous
April 15, 2018 at 6:10 am
Kalau cerita tu ada Ashraf Muslim, loopak , fratzura pattah, noran hakim, izrèn , fiza, hanez, zizie, shah jazle, pauzia latip, tiara, dan seangkatan dgnnya kenapalah org ckp mereka best tapi ……. boikot juga
Anonymous
April 15, 2018 at 10:30 am
Peminat m’sia dh pandai pilih…pilih bulu
Anonymous
April 15, 2018 at 6:01 pm
Mestilah yg banyak kes buang …… memalukan pun buang…. tak guna biar pun handsome atau cantik tapi moral rendah… berpura2 alim lagi…. tak perlu sokong…. bersubahat
Anonymous
April 14, 2018 at 10:56 pm
Zul nak pikat lofa letteww
Tazabarr nak tgk #tiamor
Mesti meletops!
Anonymous
April 14, 2018 at 9:14 pm
Cantik ikut tafsiran memasing..pd aku dia cantik..
Cinta zahirah ngan zul mmg ada masalah..undur diri lbh baik kalau org tua kurang restu..selamat n barakah..
Hihi huhu
April 14, 2018 at 8:24 pm
Honest cakap, zahirah antara pelakon yg tak cantik pada aku. Okbai.
Kaknab
April 14, 2018 at 8:50 pm
Aku rasa dia cantik….yg eksotik. Kalau gi hollowood meletup dia ni….mungkin kai punya type cantik stok muka Aida jebat.
Anonymous
April 14, 2018 at 9:08 pm
zahirah ada international look yg x byk artis kt msia ada?
Anonymous
April 14, 2018 at 9:46 pm
dia okay je pada aku, body tu cantik la, tapi muka tak ada la eksotik pun. harapkan bibir je tebal. tak macam mix pun aku tengok. tak ada nya meletop kat hollywood tu. rambut tu fesyen sama je asyik belah tengah je. serius boring tengok muka dia ni.
Shame
April 14, 2018 at 7:43 pm
1st