Umum mengetahui bahawa pelakon jelita, Zahirah Macwilson dan pelakon kacak Zul Ariffin sedang bercinta. Hubungan itu sudah berlangsung beberapa lama tetapi keduanya dilihat jarang bercakap mengenai hubungan mereka.
Zul pernah menyatakan hanya akan bercakap mengenai kerjaya dan dia juga memberitahu enggan berbicara soal Zahirah kerana tidak mahu wanita itu dikenali dengan gosip cinta.
Mereka juga hanya pergi bersama ke beberapa majlis umum sahaja jadi gambar mereka berdua dalam talian juga tidak sebanyak gambar pasangan lain.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Terbaru, BH Online melaporkan Zahirah memberi bayangan bahawa hubungannya dengan Zul seakan sudah berakhir.
Tiada apa lagi yang hendak diragui mengenai status saya. Begitu juga tidak perlu lagi hendak ditanya sama ada hati ini sudah dimiliki atau sebaliknya.
Dalam bahasa lebih mudah, boleh dikatakan, kini saya tidak perlu menjaga hati sesiapa. Semua hal yang remeh saya tolak ke tepi. Ia tak penting lagi.
Masing-masing ada kerja dan tanggungjawab. Jika saya hendak bercakap lebih-lebih pun, rasanya tidak manis kerana perkara itu turut membabitkan insan lain. Jadi, lebih baik saya diam dan tak perlu nak ungkit lagi hal ini.
Sebelum ini hubungan mereka pernah diuji apabila timbul gosip cinta lokasi antara Zahirah dan Kamal Adli melalui drama Duda Pujaan Dara yang turut melibatkan pelakon Emma Maembong. Bapa Zahirah, pelakon veteran Zainol Macwilson juga menyatakan secara terbuka yang dia tidak merestui perhubungan mereka.
Buat sementara waktu ini, saya mahu katakan tidak kepada cinta. Kalau boleh juga, saya tak mahu lagi dihimpit gosip atau kontroversi.
Namun, pada masa sama saya cukup memahami, perkara seperti itu bukannya boleh dikawal atau dielakkan. Dalam industri ini, kita kena berdepan dengan perkara sedemikian. Cuma pada akhirnya, ia tetap berbalik kepada cara kita menanganinya.
Setakat ini, rasanya apa yang saya lalui tidaklah seteruk mana. Sudah resam menjadi artis, saya kena telan cerita panas sedemikian. Ia mungkin nampak teruk di mata orang luar mahupun netizen. Tapi, saya tetap mempunyai pilihan sendiri, untuk terus menjadi kuat dan memajukan diri.
Drama terbaru Zahirah menggandingkannya dengan pelakon Syafiq Kyle iaitu Tak Ada Cinta Sepertimu berjaya menaikkan nama Zahirah di kalangan peminat drama Melayu.
Jika benar hal ini, Zahirah yang cantik jelita dan muda patut menumpukan kepada kerjaya agar lebih berjaya lagi di masa akan datang. Selamat maju jaya diucapkan. – beautifulnara.com