Sedang hangat dilamun cinta, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson merupakan pasangan selebriti paling mendapat perhatian ramai ketika ini.
Namun, ada pula khabar angin kurang enak mengenai mereka yang mula viral di media sosial sejak beberapa hari ini.
Menerusi akaun Twitter, ada sumber yang ternampak pasangan ini tidak berpuasa apabila makan di tempat awam secara terang-terangan di sebuah kafe di pusat membeli-belah di Singapura.
Ikut logik akal dan hukum agama, ramai yang faham mengapa seorang wanita tidak boleh berpuasa mungkin kerana sedang datang bulan, tetapi jika lelaki, apa pula alasannya?
Mana-mana individu yang tanpa segan silu menikmati makanan dan minuman di khalayak ramai pada bulan Ramadhan disifatkan tidak menghormati mereka yang sedang berpuasa.
Bagaiamanapun, kesahihan dakwaan tersebut tidak dapat dipastikan. Mungkin ada sahaja ada pihak yang sengaja ingin mecetuskan spekulasi untuk meraih publisiti.