Zahirah Macwilson Beri Bayangan Bapa Restu Percintaan Bersama Aiman Hakim

Hiburan

Zahirah Macwilson Beri Bayangan Bapa Restu Percintaan Bersama Aiman Hakim

Sejak mengumumkan mereka sedang hangat bercinta, hubungan Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza dikatakan antara yang paling manis ketika ini. Kata orang, boleh lihat betapa berserinya kehidupan mereka berdua kini.

Advertisement

Bukan sahaja mendapat restu daripada peminat dan ibunya, Zahirah memberikan bayangan bahawa bapanya, Zainol Macwilson juga sudah merestui percintaannya itu.

Memuat naik foto bersama bapa tercinta di Instagram dengan kapsyen tentang hubungan akrab mereka anak-beranak dan betapa beliau menyayangi bapanya, Aiman juga dilihat meninggalkan komen pada foto tersebut.

Membalas komen cinta hatinya itu, Zahirah bertanya mungkin selepas ini Aiman mahu berjumpa dengan ibunya yang menetap di Perth, Australia.

Rasanya semua orang tahu, bukan mudah untuk bapa Zahirah memberikan ‘green light’ kepada lelaki yang bercinta dengan anak perempuan kesayangannya itu. Biasalah, seorang bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Namun, Aiman cukup bertuah dan semoga segalanya dipermudahkan serta ada jodoh sehingga ke jenjang pelamin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

20 Comments

  1. Anonymous

    February 1, 2019 at 11:00 am

    zahirah macam bbnu bercinta…ewwww, ye awak hot tapi tak payahla geletis sangat rupenya..

  2. Anonymous

    February 1, 2019 at 9:19 am

    cuba je lah berkawen, kalau bahagia ok..kalau x bahagia cerai je..

  3. cili padi

    January 31, 2019 at 5:13 pm

    sebab ni kot si patiah tu makin parah

  4. Anonymous

    January 31, 2019 at 4:44 pm

    Kalau kedua belah pihak dah merestui eloklah jangan bercinta lama2 sangat. Thumbs up tuk aiman tak ada nak sorok2 gf sbb takut hilang fans mcm sesetengah tu hehe

  5. Anonymous

    January 31, 2019 at 4:40 pm

    Euww.. boring.

Loading...