Zahirah Macwilson Belum Sedia Jumpa Ibu Dan Adik – Beradik Tiri

Hiburan

Zahirah Macwilson Belum Sedia Jumpa Ibu Dan Adik – Beradik Tiri

Sekitar bulan lepas,  Zainol Macwilson dihimpit kontroversi apabila bernikah secara senyap-senyap  bersama seorang janda anak dua di Kangar, Perlis. Malah, perkahwinannya itu juga tidak diketahui oleh anaknya Zahirah Macwilson.

Advertisement

Kini selepas lebih daripada sebulan bapanya bernikah, Zahirah menerusi portal Utusan Online memberitahu beliau tetap sayangkan Zainol. Walaubagaimanapun, Zahirah masih lagi dalam proses untuk menerima hakikat beliau mempunyai adik-beradik tiri.

Buat masa ini juga, Zahirah belum bersedia untuk bertemu ibu dan adik-beradik tirinya demi menjaga hati ibunya sendiri.

Setakat ini saya masih cuba memberi sokongan buat ibu dan dalam masa yang sama tidak melupakan tanggungjawab sebagai anak sulung untuk papa juga. Soal hubungan mama dan papa saya tidak mahu komen, namun saya yakin mereka profesional demi anak-anak.

Sama ada mahu menemui keluarga baharu papa itu masih tidak tahu lagi, agak pelik sebenarnya untuk mengetahui saya ada adik-beradik tiri. Mungkin bukan waktu yang sesuai juga untuk saya menemui ibu tiri saya dalam waktu sekarang. Saya lebih mahu menjaga hati ibu saya.

Zahirah juga akui, pada awalnya beliau sudah dapat merasakan Zainol sudah mempunyai teman wanita meskipun bapanya itu sering menafikannya.

Saya dapat rasakan memang papa sudah ada teman wanita pada mulanya, tetapi dia tidak pernah mengaku bila ditanya. Bila kami dapat tahu dia berkahwin, memang dalam keadaan terkejut sebab dia tidak pernah berkongsi apa-apa.

Melihat rumah tangga ibu bapanya yang musnah di tengah jalan, Zahirah tidak merasa trauma  dan percaya dengan ketentuan jodoh.

Bukan mudah sebenarnya untuk menerima sebuah lagi keluarga baharu yang asing didalam kehidupan. Tidak mengapa Zahirah, usah dipaksa dan perlahan-lahan mencari keserasian dan mendekati ibu dan adik-beradik tiri.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...