Tanpa terpalit sebarang kontroversi panas mahupun perang sindiran, dua nama pelakon terkenal, Zahirah Macwilson dan Atikah Suhaimie kini menjadi bualan hangat selepas dipuji sebagai antara artis paling ‘classy’ di Malaysia.
Pujian itu tular menerusi satu perkongsian di Threads apabila seorang pengguna memuji sikap profesional dan matang kedua-dua pelakon tersebut yang tidak pernah memerli sesiapa atau terjebak dalam pergaduhan terbuka.
“Artis paling berkelas jatuh kepada Zahirah Macwilson dan Atikah Suhaimie, tiada perli-perli. Tiada nak gaduh-gaduh bagai. Suka tengok diorang. Beauty with a brain,” tulis pengguna berkenaan.
Perkongsian itu segera menerima sokongan ramai. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dan mengakui mereka menggemari personaliti Zahirah dan Atikah yang kekal fokus pada kerjaya tanpa mencetus drama tidak perlu.
Kaya tapi tak menunjuk.
Zahirah paling ratu. Dia buat hal dia je. Sama juga seperti Atikah.
Zahirah Macwilson yang paling unbothered.
Sikap tenang, rendah diri dan tidak mudah terheret dalam kontroversi menjadikan kedua-dua pelakon ini semakin dihormati bukan sahaja kerana bakat, tetapi kerana keperibadian mereka yang elegan dan matang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
