Bulan Ramadhan yang lalu, para peminat Zahida Rafik melahirkan rasa gembira apabila melihat pelakon ini berjinak-jinak memakai tudung walaupun sekadar untuk menghormati bulan tersebut. Ramai yang mendoakan agar Zahida terus bertudung selepas tamat Ramadhan, atau sekurang-kurangnya tidak lagi tampil seksi. Ternyata harapan hanya tinggal harapan apabila hari ini satu gambar yang dimuatnaik oleh Zahida Rafik di akaun Instagramnya telah membuatkan para peminatnya kecewa, lebih-lebih lagi ia dikongsikan di bulan Syawal.
Bukan sahaja penampilan Zahida Rafik dengan kain terbelah yang menjadi perhatian para pengikutnya, tetapi gaya pemakaian seorang lagi wanita di dalam gambar di atas yang jelas menunjukkan sebahagian dadanya turut menjadi topik perbincangan. Lebih kelakar apabila ada sesetengah peminat yang mendakwa Zahida Rafik telah men’edit’ bahagian pinggangnya. Nampaknya kita kena panggil pakar untuk menyiasat keaslian gambar ini.
Seperti biasa akan ada 2 belah pihak apabila situasi seperti ini timbul. Ada yang menyokong Zahida Rafik dengan menyatakan pengkritik itu semua suka sangat jaga tepi kain orang. Yang pengkritik pula memberikan komen pakaian sebegitu tidak sesuai dengan status Zahida sebagai seorang ibu. Tepuk dada tanyalah selera. Secara jujur, memang tak sesuai dilihat oleh orang lain gambar sebegini.
Kita nantikan apakah reaksi Zahida Rafik. Lagi beberapa gambar pelakon ini dengan membaca artikel sepenuhnya.