Zahid Senaraikan 7 Kegagalan Kerajaan Dan Jadi Punca UMNO Tarik Sokongan

Trending

Zahid Senaraikan 7 Kegagalan Kerajaan Dan Jadi Punca UMNO Tarik Sokongan

Tengah malam tadi, Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi telah melakukan pengumuman rasmi berkenaan penarikan semula sokongan UMNO terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berikut adalah senarai 7 kegagalan yang disenaraikan Zahid dalam sidang media malam tadi dan ia menjadi alasan mengapa UMNO membuat keputusan untuk menarik balik sokongan.

Advertisement

1.Kerajaan gagal tangani pandemik Covid-19

UMNO melihat Perdana Menteri gagal menangani pandemik secara berkesan dan kini rakyat mengalami keresahan dan kemurungan serius. Hal ini termasuklah polisi-polisi yang tidak konsisten, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) separa masak dan berubah-ubah sehingga rakyat dikurung dengan sia-sia.

2. Kerajaan salahguna darurat

Kegagalan kerajaan dalam menyalahgunakan darurat yang hanya untuk muslihat politik hingga memudaratkan rakyat dan ekonomi negara, sekaligus menafikan suara UMNO yang sejak dari awal membantah keras proklamasi tersebut.

3. Kerajaan gagal pertahan sistem demokrasi

Kegagalan kerajaan untuk mempertahankan sistem demokari Berparlimen hingga memandulkan segala amalan demokrasi semak dan imbang yang menjamin hak dan suara rakyat terbela.

4. Kerajaan gagal menguruskan bantuan secara berkesan

Kegagalan kerajaan menguruskan bantuan dan tuntutan rakyat secara berkesan untuk semua peringkat dan kategori. Ini termasuklah tuntutan Moratorium 2.0 tanpa caj/faedah tertentu.

5. Kerajaan gagal memberikan kenyakinan kepada rakyat

Kegagalan kerajaan untuk memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat dalam menguruskan kebajikan mereka hingga berlaku peningkatan serius dalam permasalahan sosial seperti kes bunuh diri.

6. Gagal urus kestabilan politik dan ekonomi

Kegagalan kerajaan mengurus kestabilan politik dan ekonomi hingga mewujudkan ketidakyakinan pelabur terhadap kemampuan menguruskan negara dan pandemik.

7. Memperkotak-katikkan titah Agong

Kegagalan kerajaan yang jelas memperkotak-katikkan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah hingga terpaksa berulang-ulang kali mengeluarkan kenyataan media dan titah menghadap supaya Parlimen dibenarkan bersidang.

Dengan 7 senarai ini, UMNO mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri secara terhormat dan akan meletakkan Perdana Menteri baharu untuk satu tempoh yang terhad sebelum berlakunya pilihan raya Umum.

Bagaimanapun, UMNO turut menolak sama sekali untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ataupun kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...