Zahid AF Nikah Sekali Lagi, Peminat Tanya Isteri Kedua Ke?

Hiburan

Zahid AF Nikah Sekali Lagi, Peminat Tanya Isteri Kedua Ke?

Penyanyi kelahiran program nyanyian Akademi Fantasia, Zahid Baharudin mengesahkan bahawa dia sudah menamatkan zaman solonya dengan wanita pilihan pada 19 Disember lalu.

Zahid yang dihubungi sebuah media hiburan memberitahu bahawa dia sah bergelar suami kepada Nurul Shuhada Osman,26, hanya dengan sekali lafaz.

Advertisement

Majlis pernikahan itu dilakukan secara ringkas di Masjid Terapung, Tanjung Bungah, Pulau Pinang dan hanya dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan sahabat terdekat sahaja.

Dia turut ditanyakan mengenai hubungannya bersama isteri dan memaklumkan bahawa dia dan Shuhada telah menjalinkan persahabatan sejak tiga tahun lalu.

Yang kenal saya mungkin tahu tentang hubungan kami. Saya tidak pernah merahsiakan tentang hubungan kami kerana ke mana saja saya pergi saya akan bawa dia bersama.

Zahid juga menafikan dakwaan bahawa dia beristeri dua namun mengaku sudah bergelar duda sejak empat tahun yang lalu.

Dikesempatan ini saya juga ingin menjelaskan kepada yang bertanya adakah saya beristeri dua? Bukanlah..saya bernikah sekali algi selepas bergelar duda sejak empat tahun lalu.

Dalam pada itu, Zahid juga merancang untuk membawa isterinya berbulan madu ke negara Turki namun terpaksa menangguhkan dahulu kerana situasi sekarang yang tidak mengizinkan.

Tahniah diucapkan buat Zahid dan isteri di atas perkahwinan!

5 years ago

Tiada Lagi Persefahaman, Zahid AF2 Dan Isteri Bercerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...