“Zaara Seperti Anak Kita Semua” – Nurul Izzah Janji Tak Akan Berhenti Perjuangkan Keadilan Kes Kematian Zara Qairina

Berita

“Zaara Seperti Anak Kita Semua” – Nurul Izzah Janji Tak Akan Berhenti Perjuangkan Keadilan Kes Kematian Zara Qairina

Timbalan Presiden PKR iaitu Nurul Izzah Anwar bertekad tidak akan berhenti selagi keadilan buat Allahyarham Zara Qairina, 13, tidak ditegakkan.

Akan pastikan pelaku dapat hukuman setimpal!

Malah, dia turut akan memastikan pihak yang terlibat dalam kematian arwah akan mendapat hukuman setimpal.

Advertisement

Setiap anak berhak membesar dalam persekitaran selamat, bebas daripada ketakutan dan ancaman. Ini tanggungjawab bersama untuk terus cakna, melindungi, dan memastikan tragedi seperti ini tidak berulang,

Beberapa minggu yang lalu, Nurul Izzah turun ke Sabah dengan hasrat mahu bertemu dengan ibu arwah Zara, namun ketika itu Noraidah belum menerima sebarang pertemuan daripada orang ramai kerana masih bersedih.

“Zara seperti anak kita semua..”

Namun, Timbalan Presiden PKR itu memahami kerana tiada ibu yang sanggup melihat anak mereka pergi buat selama-lamanya.

Zara seperti anak kita semua. Pemergiannya menggerakkan kita untuk bersatu, cakna, dan melindungi generasi akan datang daripada ancaman dan bahaya.

Susulan itu, Nurul Izzah menyeru orang ramai untuk kekal berusaha serta doa agar keadilan serta kebenaran dapat ditegakkan.

Bgg
2025-07-14 09:59:10

Seorang Lagi Remaja Dakwa Jadi Mangsa Amang Seksual Pendakwah Selebriti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...