Pempengaruh media sosial, Yuti tampil memohon maaf selepas ada pihak yang kurang senang dengan gelagatnya ketika muncul dalam sesi siaran langsung pasangan pengantin baru, Fattah Amin dan Amira Othman, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Threads, Yuti menjelaskan bahawa dia hanya hadir kerana dijemput oleh Fattah dan Amira sendiri.
Tulisnya ringkas di Threads,
Maaf kalau saya nampak terlebih dalam live Fattah dan Amira. Maaf juga kalau ada yang rasa tak selesa, saya hanya diajak.
Dalam masa sama, Yuti turut menasihati netizen supaya tidak memperbesarkan isu tersebut.
“Jangan gaduh-gaduh okay, sayang semuanya,” tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak menyalahkan Yuti, sebaliknya menganggap apa yang berlaku hanyalah gurauan dan tidak wajar dijadikan isu besar.
Terdahulu, Yuti menjadi perhatian apabila kerap mengusik pasangan itu sewaktu mereka mengendalikan sesi jualan abaya secara langsung di TikTok.