Yusuf Azmi Sah Undur Diri Dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Trending

Yusuf Azmi Sah Undur Diri Dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Tanda tanya mengenai kedudukan Yusuf Azmi sebagai Pengarah Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akhirnya terjawab apabila aktivis berusia 28 tahun itu mengesahkan tidak lagi bersama persatuan itu.

Yusuf berkata, sebab utama dia mengundurkan diri kerana bosan dan kecewa dengan pengkhianatan yang dilakukan teman rapat dan mereka yang pernah dibantunya.

Advertisement

Beliau berkata, dia bukan mengharapkan sebarang balasan, namun tidak boleh menerima fitnah dilemparkan terhadapnya.

“Saya berasa sangat kecewa sehingga mendorong saya membuat keputusan mengundurkan diri daripada PPIM.”

“Fitnah yang dilemparkan terhadap saya sehingga merosakkan imej saya amat memberi kesan, saya tidak boleh terima perkara ini.”

“Selain itu, saya keluar daripada PPIM bagi membolehkan saya meluangkan masa bersama keluarga yang selama ini sering saya tinggalkan untuk keluar berjuang bersama PPIM.”

“Isu mengenai pergolakan dalaman juga tidak benar sama sekali, saya amat memandang tinggi Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, jika ada mengatakan wujud perselisihan faham antara individu tertentu, ia kekal sebagai spekulasi saja,” katanya pada sidang media khas di ibu pejabat PPIM.

Menurut Yusuf lagi, dia akan memberi fokus kepada program bual bicara berbentuk santai bagi meneruskan perjuangannya.

Beliau berkata, konsep bual santai atau tarbiyah itu akan dilakukan bagi meneruskan usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai pelbagai kegiatan penipuan terhadap pengguna.

“Selain itu, saya merancang membuka sebuah pusat perlindungan kucing bagi menjaga kucing terbiar dan jika ada yang ingin mengambil untuk dibela, saya berikan percuma.”

“Saya tiada rancangan membabitkan diri dalam politik, kalau ada yang berkata demikian, ia tidak benar,” katanya.

Sementara itu, Nadzim berkata, pihaknya menghormati keputusan dibuat Yusuf.

“Perjuangan kami akan diteruskan seperti biasa dan Yusuf akan tetap menyelesaikan aduan diterima sebelum ini,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...