Yes ~~~ Berita gembira untuk anda semua peminat-peminat Lisa Surihani dan juga peminat-peminat Yusry, pihak KRU telah mengeluarkan kenyataan akhbar di bawah yang menafikan berita Yusry bakal kahwini Lisa Surihani pada tahun 2012. Ini bermakna anda masih ada peluang untuk mengorat Lisa ataupun Yusry.
Walaupun tiada perancangan lagi untuk ke jinjang pelamin, Yusry tidak menafikan yang hubungannya dengan Lisa semakin hari semakin rapat. Apa pun kita doakanlah dua manusia bercinta ini dipercepatkan jodoh mereka. Kata orang, kalau dah jodoh takkan lari ke mana. Tak gitu?