Yusry Lebih Banyak ‘Crush’ Wanita, Norman KRU Tak ‘Jealous’ Pun – “Dia Nyanyi Pun Sedap, Saya Dan Edry Okay Saja”

Hiburan

Yusry Lebih Banyak ‘Crush’ Wanita, Norman KRU Tak ‘Jealous’ Pun – “Dia Nyanyi Pun Sedap, Saya Dan Edry Okay Saja”

Anggota kumpulan KRU, Datuk Norman Abdul Halim, 53, menyatakan bahawa beliau tidak pernah merasa cemburu terhadap adiknya, Datuk Yusry, yang lebih popular berbanding dirinya dan Edry.

Menurut Norman, dalam kalangan mereka bertiga, Yusry sememangnya mempunyai jumlah peminat yang paling ramai, khususnya dalam kalangan wanita sejak dulu hingga kini.

Advertisement

Dalam KRU, Yusry paling ramai peminat di kalangan wanita yang ‘crush’ pada dia. Manakala saya dan Edry, biasa saja. Kami ada peminat, tapi tidaklah seramai Yusry.

Tapi, saya sedikit pun tak pernah rasa cemburu dengan Yusry sebab dia paling ramai peminat sampai sekarang. Kalau Edry pun macam Yusry punya ramai peminat, saya tetap okay sebab kami, KRU.

Norman turut menjelaskan bahawa peranannya dalam kumpulan adalah sebagai ‘rapper’, dan dia berpuas hati dengan posisi tersebut yang dianggap melengkapkan formasi trio KRU.

Dalam KRU, saya bukan penyanyi tapi ‘rapper’ dan memang saya suka pun. Sebab nak ‘rap’ dalam lagu-lagu KRU itu sangat kena dengan jiwa saya.

Tambahnya lagi, beliau amat menghargai sokongan peminat yang terus setia bersama KRU selama lebih tiga dekad sejak penubuhan kumpulan itu pada awal 1990-an.

Apapun, saya sangat berterima kasih kepada semua peminat KRU kerana masih setia menyokong kami dalam tempoh 33 tahun ini sejak KRU ditubuhkan pada 1990-an dulu.

KRU kembali mencuri perhatian pada awal Mei lalu menerusi Konsert GenKRU di Axiata Arena, Bukit Jalil, yang mendapat sambutan luar biasa daripada peminat setia mereka.

Malah, konsert tersebut turut melakar kejayaan apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) sebagai konsert pertama yang berlangsung selama empat malam berturut-turut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 day ago

Rapat Dengan Penyanyi Wanita, Nine Phyne Ballerz Dedah Sudah Bercerai Dengan Dua Isteri - "Harap Tak Timbul Sebarang Fitnah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...