Yusry KRU Mahu Anaknya Membesar Tanpa Perhatian Media

Hiburan

Yusry KRU Mahu Anaknya Membesar Tanpa Perhatian Media

Kalau kita perhatikan, ia sudah menjadi satu “trend” bila ada sahaja selebriti yang bakal menimang cahaya mata pasti ia akan mendapat publisiti yang meluas dan mereka akan gunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin untuk membuatkan anak mereka juga terkenal apabila menghiasi muka depan majalah ataupun mempunyai rancangan sendiri di televisyen.

Advertisement

Namun buat Yusry KRU dan isteri Lisa Surihani mereka tidak mahu anak mereka menjadi perhatian lensa kamera  dan menginginkan anak mereka nanti membesar seperti kanak-kanak yang lain.

Saya dan Lisa are very private people. Kami mahu anak kami membesar seperti mana kami membesar. Maksudnya, ketika kami membesar, ibu bapa kami bukanlah selebriti. Biar dia membesar seperti anak-anak yang lain.

Bakal menyambut cahaya mata sulung beliau sekitar bulan September nanti, tiada perkataan yang dapat menggambarkan keterujaan Yusry.

Keterujaan saya is beyond words. Saya tak dapat gambarkan kerana gembira teramat. Tapi macam mana gembira pun, kami tak berhenti berdoa agak baki sebulan lebih ini tidak diuji dengan apa-apa masalah dan berharap agar kelahiran anak kami nanti berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah, Lisa tidak mengalami alahan yang teruk dan dia juga tidak mengidam benda pelik-pelik. Cuma yang pelik, saya yang naik berat badan macam saya yang nak bersalin. Saya dah kawal pemakanan saya tapi berat badan saya tetap naik.

Buat masa ini, Yusry dan Lisa masih belum mengetahui jantina anak mereka dan hanya akan memberitahunya kepada umum selepas bayi itu dilahirkan nanti.

Pada pendapat kami tidak salah sebenarnya untuk seseorang selebriti itu mengumumkan kehadiran cahaya mata kepada peminat, tetapi janganlah terlalu exposed. Walaubagaimanapun, perkara itu tidak boleh di elak kerana populariti ibu bapa mereka.

Sumber Berita: Tonton Extra

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...