Kepada lelaki-lelaki di luar sana, berita ini lebih sedih daripada filem Nur Kasih. Nampak gayanya memang sah yang Yusry KRU dan Lisa Surihani sedang hangat bercinta. Cuba korang baca ayat yang diberi oleh Yusry semasa diinterview oleh GUA.
Memang kita berkawan rapat, sebenarnya lebih dari kawan rapat. Saya tak berselindung dan cakap hal yang betul. Kita dalam perhubungan yang matang. Tak ada istilah cinta monyet dan cintan-cintun.
Sila jangan habiskan tisu tandas selepas membaca ayat Yusry di atas. Respek Abang Nara dengan Yusry yang tak segan silu mengakui hubungannya dengan Lisa. Memang jantan la lu bro. Tabik spring. Adakah korang panas hati melihat bibit-bibit cinta mereka berdua ini? Panaskan lagi dengan ayat seterusnya dari Yusry:-
Ya, saya pernah berjumpa keluarga dia dan dia juga dah jumpa keluarga saya. Kami bukan nak main-main kerana hubungan kami memang serius. Jadi bagi saya cara yang paling baik ialah berjumpa dengan keluarga masing-masing. Tidak dinafikan, keluarga sangat selesa dengan kami. Namun terlalu awal untuk cakap yang kami menuju ke arah perkahwinan. Jika jadi, AlhamdulillahSila pastikan anda tidak terjun KB Mall selepas membaca berita ini. Oh Lisa ku ~~~~~~~
asyiekin
January 27, 2012 at 3:53 pm
moga bahagia selalu hingga keanak cucu apapun yg dkatakan dr org luar tidak ada siapa yg boleh menghalang cinta & kasih sayang anda berdua….sangat sweet sepadan doa dariku moga kekal abadi….salam buat lisa & yusri…