Written by Bella | January 9th, 2017

Baru-baru ini Yusry menerusi akun Instagramnya mengumumkan isteri tercinta, Lisa Surihani kini sedang hamil anak kedua mereka. Berita itu membuatkan peminat mereka gembira dan tidak henti mendoakan kesejahteraan Lisa dan bayi didalam kandungan.

Yusry akui Lisa sudah membuat imbasan kehamilan dan mengetahui jantina anak mereka. Walaubagaimanapun, Yusry ingin merahsiakan jantina anaknya dan mahu memberikan kejutan buat semua.

Imbasan jantina sudah pun dibuat tetapi biarlah ia menjadi rahsia terlebih dahulu buat masa ini.

Pada masa yang sama, Yusry memberitahu pengalaman kehamilan yang pertama membuatkan Lisa kelihatan lebih tenang ketika mengandung anak kedua ini.

Alhamdulillah kandungan Lisa sudah pun memasuki bulan keenam dan setakat ini semuanya berjalan lancar dan lebih mudah. Lisa lebih tenang dengan kandungan kedua ini mungkin kerana sudah ada pengalaman dengan anak pertama sebelum ini.

Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Mereka sebelum ini dikurniakan seorang anak perempuan Yahaira Leanne yang lahir pada 15 September 2015.

Sumber Berita : mStar Online

Comments are closed.