December 23rd, 2011

Semalam di kala petang yang hening, Abang Nara telah mendapat sepucuk email yang bertajuk “Jemputan Ke Pengumuman Istimewa Yusry & Lisa”. Dengan hati yang berdebar-debar, Abang Nara membuka dan membaca email tersebut. Adakah Yusry dan Lisa akan membuat pengumuman tarikh pernikahan mereka?

tarikh pernikahan yury dan lisa

Baca punya baca, tak ada pulak ditulis secara direct majlis yang akan diadakan esok pagi jam 1030 di Marriott Putrajaya Resort & Spa adalah majlis untuk pengumuman tarikh pernikahan mereka berdua. Namun apabila melihat senarai tetamu khas yang membabitkan ayah dan ibu Yusry serta ibu Lisa Surihani, Abang Nara yakin dan pasti mereka akan mengumumkan tarikh hari bersejarah mereka berdua esok.

Apa pun, Abang Nara akan update anda tentang apa yang akan berlaku esok hari. Abang Nara 99.99% yakin dan pasti mereka berdua akan mengumumkan tarikh hari bahagia mereka. Sama-sama kita nantikan esok.


70 responses to “Yusry Dan Lisa Bakal Umum Tarikh Pernikahan Esok?”

  1. Rester en contact avec vos amis mais aussi faites des rencontres sur Mydnes[URL=http://www.mydnes.com/ – Rencontre[/URL – Le r?seau social qui vous relie ? des amis.

Loading...