Buat pertama kalinya, penyanyi dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim menceritakan tentang ‘mimpi misteri’ yang dialaminya sebelum mendirikan rumah tangga dengan aktres Lisa Surihani.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di TikTok, Yusry mengakui dia berada pada titik terendah dalam hidupanya selepas kegagalan rumah tangganya yang pertama.
Mimpi perempuan misteri tapi rasa tenang
Dedah Yusry, dia hanya pernah berkongsi perkara ini dengan ahli keluarga di mana dia mengalami mimpi misteri tentang seorang wanita berambut panjang.
Saya mencari kehidupan baru. Dan saya ada alami satu mimpi. Saya tidak nampak mukanya tapi dia berambut panjang hitam dan berbaju putih. Mimpi itu buatkan saya rasa sangat tenang. Bila saya jumpa Lisa, saya rasakan ketenangan yang sama.
Petanda Lisa layak dikahwini
Kongsi ahli kumpulan KRU itu lagi, dia percaya mimpi tersebut berkemungkinan adalah petanda bahawa Lisa Surihani merupakan wanita yang layak untuk dikahwininya.
@tooprettytohandle_Yusry KRU mimpi perempuan berbaju putih berambut hitam!.. Link di bio #TooPrettyToHandle #yusrylisa #yusrykru #lisasurihani #TooPrettyToHandle #EstikaMedispa #PodcastMalaysia See translation♬ original sound – Too Pretty To Handle
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.