Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Yusof Masih Terlalu Kecil Untuk Bekerja – Hairul Azreen

Rasanya pasti semua kenal dengan Yusof Iskandar, permata hati pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Seperti anak selebriti lain, Yusof juga menerima pelbagai tawaran membabitkan mereka sekeluarga.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Hairul berkata beliau terpaksa menolaknya kerana anaknya baru sahaja berusia 8 bulan dan masih terlalu kecil untuk bekerja dan aktif di kaca televisyen.

Saya sebenarnya tidak suka anak kecil saya bekerja. Pada masa sama saya tahu, ia mungkin rezeki Yusuf, tetapi buat masa ini biarlah dia membesar secara normal dulu.

Ramai yang menawarkan pekerjaan kepada kami sekeluarga, tetapi saya keberatan untuk menerimanya. Kalau boleh, biarlah kami berdua saja yang bekerja buat masa ini. Orang ramai masih boleh datang dan melihat anak kami pada majlis-majlis terbuka.

Tambah Hairul, beliau dan isteri juga mengambil keputusan untuk memperlahankan aktiviti seni mereka untuk memberikan sepenuh perhatian kepada Yusof yang sedang membesar. Buat masa ini, Hairul dan Hanis cuma aktif dalam bidang perniagaan mereka.

Advertisement

Tidak dinafikan, Yusof sudah semakin popular kini dan jumlah pengikut beliau di Instagram juga hampir mencecah angka satu juta.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top