Yusof Haslam menitipkan pesanan penuh makna buat menantu kesayangannya, Puteri Sarah Liyana, yang kini sudah tiga tahun bergelar ibu tunggal.
“Moga-moga kamu bertemu jodoh, jangan biarkan masa berlalu sebab kehidupan ini singkat sebenarnya.”
Demikian nasihat Yusof, 72, yang berharap Puteri Sarah tidak membiarkan masa berlalu tanpa kehadiran teman hidup di sisi.
“Kehidupan bergerak begitu pantas tanpa disedari. Kita kahwin dapat anak, besarkan anak, tahu-tahu dah berusia. Macam papa, tahu-tahu dah 72 tahun, kamu pun dah meningkat 40 tahun kan.
“Jadi, apa-apa sekalipun teruskan perjuangan dapat jodoh yang sesuai,” ujarnya dalam sebuah video mempromosikan baju raya.
Dalam masa sama, pengarah drama Gerak Khas itu turut berkongsi pandangannya mengenai kunci kebahagiaan rumah tangga. Katanya, sikap tolak ansur dan profesionalisme antara pasangan memainkan peranan penting dalam memastikan perkahwinan kekal harmoni.

“Lepas dapat jodoh, kita serahkan soal rumah tangga itu pada keadaan dan takdir. Tapi banyakkan bertolak ansur dalam kehidupan dan suami juga mesti lebih bersikap profesional.”
“Tidak boleh ego, meninggu diri. Mesti ada ‘give and take’ sebab tiada yang sempurna dalam rumah tangga. Masing-masing ada kekurangan. Papa doakan yang terbaik,” katanya lagi.
Untuk rekod, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 sebelum berpisah pada 14 Jun 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 8, dan Summayah, 6.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
