Yusof Haslam Kongsi Detik Emosi Ketika Syamsul Pulang Ke Rumah Selepas Bertahun-Tahun – “Mengalir Air Mata, Dia Dakap Kami…”

Hiburan

Yusof Haslam Kongsi Detik Emosi Ketika Syamsul Pulang Ke Rumah Selepas Bertahun-Tahun – “Mengalir Air Mata, Dia Dakap Kami…”

Selepas beberapa tahun tidak berjumpa, pengarah Syamsul Yusof akhirnya bertemu juga dengan kedua ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

Akhirnya doa ibu bapanya dimakbulkan selepas Datin Patimah sendiri berkongsi berita gembira itu di Instagram story, semalam.

Advertisement

Dalam pada itu, Yusof Haslam berkata meskipun berlaku konflik keluarga namun mereka tidak pernah membenci darah daging sendiri sebaliknya sentiasa menitipkan doa setiap kali selepas solat.

Doa kami untuk Sol (panggilan Syamsul) akhirnya termakbul walaupun ambil masa bertahun. Dia sendiri hubungi ibunya pada Isnin lalu dan menyatakan hasrat untuk berjumpa kami selepas lama terputus hubungan.

syamsul jumpa anak

Tambahnya, dia dan isteri tidak menyimpan dendam terhadap Syamsul dan akui mengalir air mata ketika bertemu dengan anak sulungnya itu selepas bertahun-tahun tidak bersua.

Pengarah itu turut berkata dia berharap ikatan yang kembali terjalin ini kekal sehingga akhir hayat mereka.

Syamsul yusof keluarga
3 months ago

Erat Berpelukan, Syamsul Yusof Bahagia Dapat Kembali Bersama Keluarga Semula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...