September 23rd, 2020

Sebelum ini tular di media sosial apabila pelakon dan pengarah tersohor tanah air, Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana khabarnya didakwa muncul di pejabat agama apabila ada desas desus yang mengatakan rumah tangga mereka kini dilanda badai.

Yusof Haslam Doakan Syamsul & Puteri Sarah Selesaikan Isu Rumah Tangga Dengan Baik

Susulan kejadian, bapa kepada pengarah tersebut itu Datuk Yusof Haslam tampil bersuara dan menjelaskan dirinya enggan mencapuri urusan peribadi pasangan tersebut.

Katanya, beliau langsung tidak berhak memberi sebarang komen memandangkan kedua-dua pasangan itu tidak lagi tinggal sebumbung dengannya sejak dua tahun lalu.

Yusof Haslam Doakan Syamsul & Puteri Sarah Selesaikan Isu Rumah Tangga Dengan Baik

Namun demikian, beliau dan isterinya Datin Fatimah Ismail akui sentiasa mendoakan kesejahteraan rumah tangga anak mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja hendaknya.

“Benda ini terlalu peribadi sebab melibatkan hal rumah tangga mereka. Lagipun, mereka berdua dah tidak tinggal bersama saya sejak dua tahun lalu sebab mereka ada rumah sendiri.”

Terdahulu menantunya Puteri Sarah dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu. Beliau juga dikatakan memasuki bahagian undang-undang keluarga dengan berpakaian serba hitam sambil ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuannya. Bagaimanapun, Sarah enggan mengulas lanjut apabila disoal mengenai hal tersebut.

Yusof Haslam Doakan Syamsul & Puteri Sarah Selesaikan Isu Rumah Tangga Dengan Baik

Lebih menguatkan lagi andaian kisah rumah tangga pasangan ini bermasalah, Sarah juga difahamkan telah berhenti mengikuti akaun Instagram suaminya.

Sekadar informasi, Sarah dan Syamsul telah selamat menjadi pasangan suami isteri pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Syaikhul Islam dan Summayah.

Sumber: mStar


One response to “Yusof Haslam Doakan Syamsul & Puteri Sarah Selesaikan Isu Rumah Tangga Dengan Baik”

  1. Anonymous says:

    Hope everything is fine there.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...