“Yuran Taska Di Selangor Naik RM10-RM50 Mulai Januari 2017” – Persatuan Taska Negeri Selangor

Trending

“Yuran Taska Di Selangor Naik RM10-RM50 Mulai Januari 2017” – Persatuan Taska Negeri Selangor

Kadar yuran Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Selangor bakal dinaikkan di antara RM10 hingga RM50 mulai Januari depan berikutan kos operasi yang semakin meningkat.

Advertisement

Pengerusi Persatuan Taska Negeri Selangor Mahanom Basri berkata kali terakhir yuran taska di negeri ini dinaikkan pada 2013 semasa kerajaan memperkenal perintah gaji minimum kepada pekerja.

Pada masa ini, pengusaha taska bergelut dengan peningkatan kos operasi termasuk kenaikan tahunan kadar sewa premis, peningkatan harga barangan selain perlu mematuhi peraturan daripada aspek kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan oleh agensi kerajaan.

“Untuk memenuhi semua peraturan ini, ia memerlukan kos contohnya pemasangan tangga keselamatan dan pemasangan sistem kamera litar tertutup yang memakan ribuan ringgit.

“Prosedur wajib yang dikenakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti kursus pensijilan bagi pendidik, selain nisbah pendidik dan kanak-kanak turut menjadi punca mengapa kadar yuran perlu dinaikkan pada tahun hadapan,” katanya pada sidang media.

Mahanom berkata jika kadar yuran lama dikenakan, kemungkinan besar ramai pengusaha taska akan gulung tikar.

Difahamkan pada masa ini, kadar yuran taska yang dikenakan oleh anggota persatuan berkenaan adalah antara RM150 hingga RM650 bagi seorang kanak-kanak, bergantung kepada lokasi taska dan usia kanak-kanak berkenaan.

Terdapat 1,148 taska berdaftar di Selangor.

Mahanom berharap kenaikan yuran berkenaan diterima baik oleh ibu bapa bagi memastikan taska-taska di negeri ini dapat beroperasi dengan lebih berkesan dan menjadi satu institusi yang profesional.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...