Baru-baru ini, pelakon Nora Danish berkongsikan video menghantar anak sulungnya Putera Rayqal ke sekolah berasrama penuh Kolej Tuanku Ja’afar. Nora juga tidak dapat menahan sebak apabila terpaksa berjauhan dengan anaknya buat pertama kali.
Walau bagaimanapun, netizen tertarik untuk tahu sekolah mana yang mengambil kanak-kanak berusia 12 tahun untuk tinggal di sekolah berasrama.
Seorang pengguna Facebook yang juga merupakan peguam mendedahkan yuran sekolah berasrama tersebut merupakan sekolah persendirian elit di Malaysia.
Hasil carian mengenai yuran tahunan Kolej Tuanku Ja’afar itu turut mengejutkan pengguna Facebook berkenaan kerana beranggapan boleh membeli tanah dan kahwin dua kali.
Apa yang lebih mengejutkan individu tersebut, yuran tahunan untuk sekolah menengah yang tinggal di asrama hampir RM150,000 setahun.
Perkongsian netizen itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang turut terkejut dengan bayaran yuran tersebut namun tidak hairan kerana merasakan Nora sememangnya mampu untuk menghantar anak ke sekolah berkenaan.
Wow! Ini memang dahsyat.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Anonymous
October 6, 2021 at 10:00 am
Sekolah tu memang bagus. Bukan setakat kene kaya je, otak kene pandai jugak. dia tak ambik ye anak orang kaya yang bodo2 alam ni… guru2 dia pun lulusan Oxford pun ada. kawan bapak aku mengajar kat sana, anak2 dia semua dpt diskaun belajar kat sana. tp diskaun bukan kata free ye… diskaun sahaja. habis belajar masing2 masuk Oxford tau. siap dapat gov scolarship lg sebab result yang sgt boombastic. Kebanyakan anak2 raja, kerabat2, anak2 menteri mmg belajar kt sana la. dan budak2 sana tak de perangai buli2 ni atau masalah disiplin. semua yg masuk budak beradab. so bila tau yuran dia tinggi, mmg padanla dengan ilmu yang dia bagi.
Anonymous
October 6, 2021 at 9:27 am
kecoh betul lah netizen yg nk tolg carikan harga yuran sekolah anak org ni. kalau ye pun curious, utk knowledge sendiri dahlah. dia mampu apa salahnya? aku kalau mampu pun, nak gak hantar anak2 sekolah mcm anak ND ni. tapi alhamdulillah sekolah gomen pun ok jugak. asalkan tak poyo nk migrate kekonon for better education. haktuih!
cLn
October 6, 2021 at 8:20 am
Nora tu ex-husband kaya, laki skang kaya..mmg kaya raya la jdnye..so, memang mampu la nk hntr anak kt sini..klu aku yg hntr, mampusss…hahaha
cikedis
October 6, 2021 at 1:59 pm
kayap jadinya..hahaha
Zioe
October 5, 2021 at 6:49 pm
Setiap ibu bapa mmg sentiasa mahukan y terbaik utk anak2..apa salahnya kalau mampu..kalau xmampu pun masih boleh bg y terbaik juga utk anak2…
Armadan Hamdan
October 5, 2021 at 7:28 pm
Kan