Yuran Pengajian IPT Dikurangkan Atau Tidak Dicaj Ditentukan Universiti Masing-Masing

Kehidupan

Yuran Pengajian IPT Dikurangkan Atau Tidak Dicaj Ditentukan Universiti Masing-Masing

Kadar yuran pengajian (IPT) dikurangkan atau tidak dicaj ketika pelajar tidak berada di kampus ditentukan dan bergantung kepada universiti masing-masing.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, perkara itu adalah kerana universiti mempunyai autonominya masing-masing, namun begitu, pihaknya dimaklumkan tiada sebarang kenaikan dikenakan terhadap yuran pengajian pelajar sedia ada.

Advertisement

“Memang yuran (pengajian) itu tidak naik dan yuran aktiviti tidak dicaj pun. Dulu ada yuran aktiviti sebab pelajar datang ke universiti dan yuran penginapan serta yang lain-lain, apabila mereka tidak pulang ke kampus, ia tidak dikenakan caj”.

“Yuran pengajian tidak dinaikkan sesetengah universiti, malah, mereka berikan potongan yuran”.

Beliau berkata demikian ketika melawat operasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega IPT di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai hari ini. Terdahulu, terdapat pihak yang menyarankan supaya Kementerian Pengajian Tinggi mengkaji semula jumlah yuran pengajian di semua institut pengajian tinggi berikutan semua pengajian dibuat secara atas talian.

Sementara itu, Noraini memberitahu, pihaknya kini sedang bekerjasama dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) mengenai kegusaran sebahagian tenaga pengajar dan pelajar berhubung keutamaan pemberian vaksin kepada kumpulan tertentu di IPT termasuk politeknik dan kolej komuniti.

“Kementerian Pengajian Tinggi sedang bekerjasama dengan CITF untuk melaksana program vaksinasi kepada tenaga pengajar dan juga pelajar mengikut keutamaan”.

“Permulaan, keutamaan diberikan kepada tenaga pengajar dan pelajar perubatan, pergigian dan jururawat. Senarai nama mereka ini telah dikemukakan kepada CITF untuk notifikasi penjadualan vaksin dan alhamdulillah, kumpulan pertama pelajar di Lembah Klang telah mula menerima vaksin mereka pada 22 Mei”.

Katanya, bagi kumpulan lain ia akan diberikan secara berperingkat mengikut keutamaan dan jumlahnya akan diperincikan kemudian.

SUMBER 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...