Selaku seorang lelaki macho, Abang Nara memang menitik beratkan penjagaan rambut. Sebelum keluar ke mana-mana, memang akan pakai gel. Dalam 10 minit jugaklah bergaya depan cermin hanya untuk memastikan rambut Abang Nara nampak “smartâ€. Bagi Abang Nara, gaya rambut yang sesuai melambangkan keyakinan seseorang.
Namun baru-baru ini, wife Abang Nara menegur satu perkara yang sangat Abang Nara takuti. Kata wife , bahagian tengah rambut sudah mula botak. Dah nampak kulit kepala. Seram Abang Nara dibuatnya. Takkan baru masuk umur 30 kepala dah nak botak di tengah macam Zidane? Ini tidak mungkin!!!
Untuk memastikan kekacakan Abang Nara berkekalan, dengan segera Abang Nara terus pergi ke Yun Nam di The Curve. Masalah rambut botak tak boleh dibuat main. Kena cegah sebelum parah. Kenapa Abang Nara pilih Yun Nam? Sebabnya Yun Nam adalah jenama terkenal di dalam industri penjagaan rambut sejak tahun 1984. Kalau tak berkesan takkanlah bertahan selama itu kan?
Abang Nara disambut mesra oleh khidmat pelanggan Yun Nam sebaik sahaja tiba di situ. Pakar rambut bernama Leica yang menguruskan Abang Nara begitu mesra sekali. Abang Nara ditanya beberapa soalan mengenai cara hidup, gaya pemakanan dan kesihatan semasa.
Apabila Leica mengeluarkan kamera digital untuk mengambil gambar bahagian atas dan belakang rambut Abang Nara, memang seram dan kecut juga dibuatnya. Inilah bahagian yang Abang Nara tak boleh nampak di dalam cermin. Abang Nara menjerit apabila Leica tunjukkan gambar yang diambil olehnya. Bahagian atas kepala Abang Nara sudah botak sampai nampak kulit kepala. Oh tidak!!!
Abang Nara dah cukup sedih apabila melihat kebotakan yang sedang melanda kepala Abang Nara. Namun Leica masih belum puas lagi. Haha! Diambilnya sebuah alat pengimbas berteknologi tinggi yang boleh memfokus sehingga 200 kali ganda sehingga nampak akar-akar rambut Abang Nara. Dan jeritan Abang Nara kedengaran kali kedua apabila melihat rembesan-rembesan minyak yang melekat di folikel rambut Abang Nara. Inilah akibat memakan makanan bergoreng. Paling teruk, rembesan minyak ini tidak dapat dihilangkan dengan menggunakan syampu kerana ia telah terkumpul sebegitu lama sehingga menjadi tebal seperti di dalam gambar di bawah. Geli pun ada jugak!!! Kewujudan rembesan minyak ini juga menjadi punca terhalangnya pertumbuhan rambut-rambut baru. Sedih kan?
Berdasarkan penerangan Leica sepatutnya di setiap liang rambut perlu ada sekurang-kurangnya 3 helai rambut yang tebal. Namun di bahagian tengah kepala Abang Nara, hanya ada 1 atau 2 helai rambut sahaja. Sedih betul! Folikel rambut Abang Nara yang penuh dengan rembesan minyak itu menghalang kemasukan oksigen dan penerimaan nutrien ke dalam akar rambut. Akibatnya rambut tidak dapat membesar tumbuh dengan sihat sekaligus menyebabkan kebotakan di bahagian tengah.
Sepanjang pemeriksaan memang banyak penerangan yang diberikan oleh Leica. Yang menariknya, setiap bahagian kepala (tepi, tengah, atas, depan, belakang) diimbas dan disimpan untuk dibuat perbandingan sebelum dan selepas rawatan Yun Nam. Leica turut menunjukkan gambar-gambar pelanggan yang telah berjaya memulihkan keguguran rambut menerusi rawatan Yun Nam. Memang jelas perubahan mereka. Abang Nara dah tak sabar nak buat rawatan rambut.
Selesai sesi konsultasi, Abang Nara terus dibawa ke tempat rawatan. Suasananya sangat menenangkan, bau herba yang wangi dan kebersihan berada di tahap optimum. Ketika membasuh rambut dengan syampu herba khas Yun Nam untuk melembut dan menghilangkan kotoran degil, rambut Abang Nara juga disembuh dengan Losyen Anti-Bakteria dan Losyen Pengimbangan pH Kulit Kepala.
Selepas itu, sesi Rawatan Herbalogi Yun Nam pun bermula. Apa yang Abang Nara paling suka mengenai teknik rawatan Yun Nam ialah penggunaan herba-herba asli di dalamnya. Herba yang berbeza akan digunakan untuk merawat masalah keguguran rambut yang berbeza.
Untuk masalah rambut Abang Nara, punca keguguran ialah akibat kulit kepala yang berminyak. Jadi herba “Chinese Liquorice†digunakan untuk mengatasi punca masalah ini. Menurut Leica, herba ini dengan berkesannya akan mengawal dan mengurangkan pengeluaran minyak di akar rambut Abang Nara. Bau herba tersebut sangat menyegar dan menyamankan.
Untuk memastikan herba itu diserap sepenuhnya ke dalam akar rambut, Leica mengurut kulit kepala Abang Nara dengan begitu power sekali. Urutan ini turut sama akan melancarkan peredaran darah kepada akar rambut, sekaligus memastikan nutrisi daripada herba dapat diserap dalam kuantiti yang sama. Memang rasa rileks, lega dan best sangat ketika diurut. Abang Nara hampir-hampir tertidur!!!
Tamat sahaja rawatan, Abang Nara dibawa masuk kembali ke bilik konsultasi. Jeng jeng jeng. Inilah masanya untuk melihat perubahan rambut Abang Nara sebelum dan selepas rawatan. Teruja dan berdebar rasanya. Abang Nara yakin betul memang aka n ada perubahan positif.
Yeah ~~~~~~ Abang Nara seronok sangat-sangat melihat kesan rawatan Yun Nam ke atas kulit kepala Abang Nara. Paling penting nampak kesan-kesan minyak sudah tiada lagi. Jadi, oksigen dan nutrisi herba sudah boleh menyerap masuk ke dalam akar rambut. Warna kulit kepala pun sudah sekata, tak sensitif lagi! Paling penting kulit kepala pun rasa lebih segar berbanding sebelum ini. Yabedabedu!!!
Pengalaman pertama di Yun Nam yang menakjubkan telah meyakinkan Abang Nara untuk meyelamatkan diri daripada senasib dengan Zidane. Hehe… Jika anda turut mengalami masalah keguguran rambut, Abang Nara ada berita baik untul anda semua!
Khas buat 100 pembaca lelaki & wanita BeautifulNara yang pertama, Yun Nam kini memberikan promosi yang sangat AWESOME. Anda akan dapat Satu Konsultasi dan Imbasan Kulit Kepala untuk mengenalpasti punca masalah rambut anda. Selain itu, rawatan herba khas untuk memulihkan keguguran rambut anda akan dijalankan. Tambahan pula, satu set produk rambut herba Yun Nam akan diberi secara bonus! Semuanya bernilai RM468! Hebat kan?
Anda juga boleh menebus tawaran hebat ini melalui cara-cara berikut:-
1. SMS YN <jarak> NARA, Nama & Alamat ke 33884
2. Telefon Hotline Yun Nam di 03-2610 3232
Abang Nara dah mulakan langkah pertama untuk kekal macho bersama Yun Nam. Anda bila lagi?