Yuna Terpaksa Rahsiakan Nombor Telefon

Yuna Terpaksa Rahsiakan Nombor Telefon

yunalils

DUNIA artis tidak pernah diidamkan oleh penyanyi indie, Yuna memandangkan dia mencuba nasib dalam industri seni ini sekadar untuk menghiburkan peminat muzik tempatan.

Advertisement

“Saya hanya buat (menghasilkan) muzik untuk orang gembira..,” begitulah luahan Yuna yang tidak menyangka dirinya kini berada sebaris dengan artis-artis ‘mainstream’ yang lain.

Mengenali pemilik nama Yunalis Zarai ini, orangnya tidak sombong, peramah dan meminati dunia muzik, fesyen juga pandai melukis.

Biarpun dirinya sudah dikenali dan menjadi perhatian ramai, Yuna masih tidak mahu orang melabelkan dirinya sebagai ‘artis’.

Kata anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini dalam nada rendah diri, “Saya tak suka dinamakan artis tetapi saya lebih suka digelar pemuzik.

“Kalau jadi artis..kita akan jadi terkenal.. tidak seronok pula. Banyak lagi yang saya kena capai untuk menjadi terkenal.

“Misalnya Datuk Siti Nurhaliza, dia memang layak untuk menjadi artis. Saya rasa diri ini ‘kecil’ dan masih tiada apa-apa lagi..,” luahnya yang turut bercita-cita untuk mengadakan konsert atau showcase seperti Datuk Siti.

yunalils

Disebabkan kerjayanya kini bukan sahaja terhad sebagai pemuzik malah juga sebagai ahli perniagaan pakaian dan ksesori ‘IAMJETFUELshop’, Yuna terpaksa melantik rakannya Pa’an sebagai pengurus manakala sepupunya, Wawa sebagai pembantu peribadi yang boleh membantunya berhubung dengan pihak media dan rakan bisnes.

Oleh sebab itu, Yuna telah menukar nombor telefonnya dan menggunakan talian ‘private’ yang terpaksa dirahsiakan daripada pengetahuan mana-mana pihak.

“Saya sudah menubuhkan pengurusan yang baru dan selepas ini saya tidak akan berhubung secara terus dengan media tetapi melalui pengurus saya.

“Kira sekarang saya memakai nombor ‘private’ agar saya lebih mudahuruskan antara peribadi dan kerja.

“Saya ada banyak kerja (nyanyian) dan kedai untuk uruskan dan semuanya tidak boleh berurusan secara langsung dengan saya takut ada salah faham,” jelasnya yang mempunyai dua syarikat iaitu Yuna Room Recordsdan IAMJETFUEL Enterprise.

yunalils

Menyentuh tentang perniagaannya, Yuna gembira dengan kemajuan kedainya yang semakin menjadi tarikan pengunjung terutama dalam bulan puasa ini.

“Saya tengok sejak kedai itu dibuka, ramai juga yang datang. Masa bulan puasa ini, semakin ramai pula kerana kedai saya dekat dengan Bazar Ramadan.

“Antara pelanggan yang datang ada yang mengatakan mereka singgah ke kedai saya sebelum ke Bazar Ramadan,” katanya mengenai kedai di SS15, Subang Jaya yang dibuka bermula pukul 12 tengah hari hingga 7 malamitu. Untuk bulan Ramadan ini, kedai itu dibuka selepas waktu berbuka puasa.

Selain itu, pelantun lagu ‘Dan Sebenarnya’ ini sedang menyiapkan album terbarunya yang kini telah siap sebanyak 40 peratus sejak dibikin sejak Mei lalu.

Yuna yang mewarisi bakat nyanyian dan bermain gitar menerusi bapanya itu turut menggunakan idea bapa dan ibunya sebanyak 10 peratus untuk menghasilkan album yang berkualiti yang dijangka akan siap pada hujung tahun ini.

Penyanyi berusia 23 tahun ini juga teruja untuk melakukan persembahan jelajah sempena ulangtahun ke-10 Mocca di tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia mulai Oktober ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...