Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Yuna Tak Tolak Jodoh Dengan Julian Schratter

Kata orang, kalau dah jodoh, tak ke mana. Jika sudah tertulis bakal suami Yuna ialah Julian Schratter yang merupakan jurugambar peribadinya, siapalah kita untuk menafikannya. Malah Yuna sendiri tidak menolak sekiranya perkara tersebut berlaku.

yuna julian

Advertisement

Untuk anda yang tak tahu, Julian Schratter adalah kawan Yuna yang datang ke Malaysia baru-baru ini. Sambil berjalan-jalan menikmati keindahan Malaysia, Julian turut sama menjadi jurugambar peribadi Yuna. Terang Yuna kepada MalaysianDigest.

Dia kawan saya. Sebenarnya dia dah lama nak datang ke Malaysia tapi dia tak kenal sesiapa di sini. Jadi masa bulan November tahun lalu saya balik ke sini dan kebetulan saya terlibat dengan banyak majlis hiburan, konsert jelajah dan persembahan. Jadi saya katakan padanya, dia boleh jadi jurugambar saya. Memang sepanjang dia kat sini, tugas dia ambil gambar saya. Jodoh kita tak tahu. Saya pun single. Walaupun berlainan agama, bagi saya kita semua sama. Saya tak judgemental, begitu juga dengan keluarga saya. Tapi buat masa sekarang, saya nak fokus pada karier. Umur saya dah 27 tahun, saya tak boleh nak buang masa lagi. Banyak lagi perkara yang saya nak capai dalam karier.

yuna dan julian

Bagus pemikiran Yuna yang mementingkan karier. Sekarang ini pun nama Yuna tengah meletup. Inilah masanya untuk membina nama sehebat mungkin. Untuk anda yang tidak tahu, Yuna kini berada di bawah jagaan David Foster, seorang komposer yang sangat terkemuka di Amerika Syarikat. Kepada Yuna, good luck and all the best.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top