Yuna Sertai Wilhelmina Models, Agensi Peragaan Terkenal Dunia

Hiburan

Yuna Sertai Wilhelmina Models, Agensi Peragaan Terkenal Dunia

Bukan mudah untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa, tetapi penyanyi Yuna membuktikan ianya tidak mustahil.

Yuna Wilhelmina Models

Advertisement

Penyanyi berbakat besar ini sekali lagi mencatatkan momen membanggakan apabila dilamar agensi peragaan terkenal dunia, Wilhelmina Models.

Yuna berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagramnya dimana dia begitu teruja menjadi antara selebriti dipilih untuk bernaung di bawah agensi terkenal itu.

Yuna Wilhelmina Models

Wilhelmina Models adalah agensi peragaan dan pengurusan bakat di New York, Amerika Syarikat. Antara selebriti popular lain yang turut bernaung di bawah Wilhelmina Models ialah Shawn Mendes, Nicki Minaj dan Kendall Jenner.

Yuna Wilhelmina ModelsTahniah kami ucapkan kepada Yuna kerana berjaya diterima di pasaran antarabangsa, satu pencapaian yang cukup membanggakan buat anak Malaysia. Semuanya hasil usaha kerasnya tanpa mengenal erti putus asa. Semoga menjadi inspirasi buat orang lain di luar sana untuk berjaya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...