Menentang isu perkauman melibatkan golongan berkulit hitam di Amerika Syarikat dengan menyertai gerakan”black out” tempoh hari, penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna zahir tanda sokongan menerusi perkongsian di laman Instagramnya.
Menurut Yuna, merupakan bentuk solidariti kepada rakan seperjuangan berkulit gelap dalam menentang isu perkauman dan menghubung semula dengan komuniti yang selama ini banyak berjasa dalam pembangunan karier muziknya.
Terdahulu, susulan kematian George Floyd, industri muzik di Amerika Syarikat menggesa orang ramai untuk sama-sama menyertai “black out” dengan menghentikan seketika segala bentuk aktiviti berkaitan muzik.
https://www.instagram.com/p/CA54PH7BTQV/?utm_source=ig_embed
Tambahnya, sebagai penyanyi, beliau banyak mendapat inspirasi daripada bangsa rberkult gelap sekali gus mempamerkan sokongan itu adalah satu bentuk tanggungjawab yang harus dilakukannya.
Meskipun membesar dengan mendengar karya muzik daripada artis dan komposer orang berkulit gelap, Yuna kini bagai tidak pernah membayangkan yang dirinya berpeluang bekerja dengan artis, penerbit, pemuzik dan penari berkulit gelap yang berbakat.
“Ia merupakan tanggungjawab saya untuk bersama-sama mereka, bukan hanya ketika meraikan kejayaan sahaja, tetapi tetap bersama mereka ketika mereka berada di bawah.”
Ujar Yuna lagi, tanpa golongan ini, kita tidak akan dapat menikmati dan terinspirasi seni yang mereka bawakan dalam menghubungkan semua orang di seluruh dunia termasuklah tanah air sendiri.
Terdahulu, rusuhan besar-besaran terjadi di beberapa Bandar di Amerika Syarikat susulun isu perkauman terhadap golongan berkulit gelap tercetus apabila seorang warga Afrika-Amerika, George Floyd meninggal dunia akibat lehernya ditekan menggunakan lutut anggota polis Minneapolis, Minnesota sehingga menyebabkan dirinya sukar untuk bernafas.
Floyd difahamkan ditangkap apabila beliau didakwa menggunakan wang palsu ketika membeli barang di sebuah pasar raya.