January 26th, 2018

Tahniah diucapkan buat penyanyi kesayangan ramai, Yunalis Zarai, 31, kerana telah selamat melangsungkan pernikahan dengan Adam Sinclair, 34, dalam majlis bertemakan perkahwinan dalam taman di sebuah resort mewah di Bentong, Pahang.

Majlis itu diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat. Yuna akan mengadakan satu sidang media esok dipercayai mengumumkan pernikahannya.

Sebelum ini kad undangan perkahwinan Yuna telah tersebar di media sosial bertarikh 28 Januari iaitu Ahad ini.

Pasangan ini telah melangsungkan pertunangan pada Julai lepas. Doakan mahligai yang dibina oleh Yuna dan Adam berkekalan sehingga ke akhir hayat. Рbeautifulnara.com

Kredit gambar: Stail.my

 


16 responses to “Yuna Selamat Bergelar Isteri Adam Sinclair”

  1. Anonymous says:

    zaman skrg org dah xbuat besar-besaran. biar simple tpi cantik. yg beria-ria tu sbnrnya sendu!

  2. tha says:

    nasib tak hujan..tapi canteklaaa

  3. Anonymous says:

    Yuna dan ADAM… bukan Ashraf

  4. Tk says:

    Tahniah. Cantik. Semoga bahagia hinga ke Jannah. jeng jeng jeng …,, pasti ada yg komen pasal ..

  5. Humm says:

    Cnteknya blkg tu lain dr y lain new era yr 2018 ea

Loading...