January 26th, 2018

Tahniah diucapkan buat penyanyi kesayangan ramai, Yunalis Zarai, 31, kerana telah selamat melangsungkan pernikahan dengan Adam Sinclair, 34, dalam majlis bertemakan perkahwinan dalam taman di sebuah resort mewah di Bentong, Pahang.

Majlis itu diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat. Yuna akan mengadakan satu sidang media esok dipercayai mengumumkan pernikahannya.

Sebelum ini kad undangan perkahwinan Yuna telah tersebar di media sosial bertarikh 28 Januari iaitu Ahad ini.

Pasangan ini telah melangsungkan pertunangan pada Julai lepas. Doakan mahligai yang dibina oleh Yuna dan Adam berkekalan sehingga ke akhir hayat. – beautifulnara.com

Kredit gambar: Stail.my

 


16 responses to “Yuna Selamat Bergelar Isteri Adam Sinclair”

  1. Alia says:

    Ni lah penyanyi ptofessional ….yg ini baru layak.dpt Dato’.penyanyi malaysia yg berjaya ke amerika mcm yuna ?

  2. Anonymous says:

    terpaku jap melihat keindahan pelamin yuna dan adam..sangat WOW..class..cantik..eh tak tahu la..memang terpaku dengan view gunung !fuh..sangat cantik

Loading...