Sudah mengikat tali pertunangan bersama cinta hatinya, Adam Sinclair pada bulan Ogos lepas, kini penyanyi Yuna sedang rancak membuat persiapan perkahwinannya. Menerusi akaun Twitternya beberapa hari lepas, Yuna sempat berkongsi dengan peminat yang beliau baru sahaja selesai membeli fabrik untuk baju perkahwinannya nanti.
Rata-rata peminat di Twitter mengucapkan tahniah kepada Yuna dan mereka sudah tidak sabar menanti hari bahagia beliau.
Walaubagaimanapun, buat masa ini Yuna masih berteka-teki mengenai tarikh majlis raja seharinya bersama Adam. Apa-apa pun, kami mendoakan agar segala perancangan perkahwinan Yuna dan Adam berjalan dengan lancar. Harapnya, Yuna sudi berkongsi tarikh pernikahannya nanti bersama peminat, kata orang tua-tua, benda baik harus dihebahkan.